BAB 15 - POCONG BERGOLEK

Horror & Thriller Completed 14411

Setiap hari Leman berulang dari rumah ke tempat kerja sejauh 30 kilometer. Kadang-kadang kerjanya memerlukan dia pulang lewat ke rumah, sebab bos Leman suka buat mesyuarat waktu malam.

Bosnya suka buat mesyuarat jam 10 malam kerana siang dia sangat sibuk dengan kerja pejabat. Jika malam ada mesyuarat, terpaksalah Leman menungggu di pejabat.

Selepas semua orang pulang dari pejabat jam lima petang, tinggallah Leman seorang diri di pejabat hingga malam. Tapi itu dah jadi perkara biasa, duduk di pejabat seorang diri sambil menghabiskan kerja yang berlambak itu.

Suatu hari penolong bos beritahu malam ini ada mesyuarat.

“Ala, boringnya, mesyuarat waktu malam lagi,” gerutu hati Leman.

Tapi apa nak buat, bila panggil mesyuarat perlu hadir juga, tak kira siang atau malam.

Malam itu yang paling tak seronok ialah bos datang lewat kerana dia ada urusan lain sebelum itu. Mesyuarat dijadualkan jam 9.30 malam, tapi bos datang sejam lewat.

Agenda mesyuarat pula panjang. Yang paling benci ramai sangat orang nak cakap, hingga mesyuarat cuma tamat pada jam 12.30 malam. Lepas mesyuarat habis, bos jemput semua yang hadir menikmati supper.

Tapi Leman terus beransur balik, tak teringin nak makan di tengah malam ni. Apatah lagi terpaksa memandu malam sejauh 30 kilometer untuk sampai ke rumah.

Seperti biasa bila memandu kereta seorang diri, Leman akan pasang radio agak kuat. Sambil dengar radio, sesekali ikut menyanyi. Selain dari menghiburkan hati, ia juga untuk hilangkan rasa mengantuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience