BAB 9

Horror & Thriller Completed 14411

Kami ingat sudah selesai, tetapi terakhir kalinya, minggu ketiga hari Khamis jam 11 malam, setelah selesai jamuan malam bersama keluarga di rumah dan setelah semua pulang, hanya kami bertiga.

Hafiz pun letakkan anak di kandang mainannya (playpen) di tengah-tengah ruang rumah untuk bermain, sementara Hafiz ke stor simpan set bufet dan isteri ke dapur untuk cuci pinggan mangkuk.

Sejam kemudian anak kami terlena, kami masih buat kerja rumah.

Tiba-tiba terdengar suara sayu sangat di tingkap ruang tamu, sangat sayu seakan sedang menangis dan kami terperanjat, isteri baik-baik cuci pinggan mangkuk, pinggan mangkuk terjatuh berkecai dibuatnya.

Kami bergegas, tingkap yang kami tutup rapat, terbuka secara tiba-tiba.

Belum sempat nak bergegas menutup tingkap isteri terpekik, "Abang tu tu ada pocong dekat sebelah 'playpen' Aisya!!!"

Wajahnya hodoh sekali, berkedut dan bau pacai serta berbungkus kain putih berlumuran tanah. Isteri terpaksa tunduk bawah terus ke "playpen" anak kami.

Isteri macam nak pengsan terpaksa dia kuatkan juga semangat dan cekup anak lari lintang-pukang keluar rumah tanpa dikunci.

Bila ditanya jiran ketika di blok, kami terpaksa buat bodoh dan bergegas masuk di dalam teksi yang kebetulan berada di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience