BAB 11 - TALI KAIN KAPAN

Horror & Thriller Completed 14411

Pada suatu hari Khadeja telah mengajak Zakaria menemaninya ke Pekan untuk membeli barang dapur yang sudah kehabisan. Zakaria memang sangat memahami isterinya yang sangat rajin memasak, sementelah dia bersetuju untuk menghantar Khadeja membeli barang dapur di pekan.

Setelah penat membeli belah, mereka berdua pun pulang dengan membonceng motosikal ke rumah.

Khadeja sangat gembira kerana pada hari tersebut dia telah berjanji ingin memasak sedap untuk anak-anaknya.

Tiba-tiba tanpa di duga motosikal mereka bergoyang dan beg tangan yang dipegang Khadeja di sentap oleh peragut bermotosikal, berlaku tarik menarik dan pada masa itu Khadeja jatuh ke tas jalan raya dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Zakaria yang pada masa itu mengerang kesakitan.

Jenazah Khadeja telah disempurnakan oleh penduduk kampung dan ramai penduduk kampung yang mengucapkan takziah pada Zakaria.

Pemergian Khadeja sangat dirasai anak-anaknya yang masih kecil dan bersekolah. Setelah di sembahyangkan, jenazah Khadeja telah di bawa oleh van jenazah ke kubur untuk dikebumikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience