BAB 10

Horror & Thriller Completed 14411

Kami pulang ke rumah mentua dan dari rumah mak mentua kami telefon kakak sebelah rumah untuk tolong tutupkan pintu dan menceritakan hal sebenar.

Nasib baik kakak tu tahu hal ni terlebih dulu dari kami. Dia pun diganggu tetapi sudah dipagar oleh ustaz.

Nasib baik abang, suami kakak jiran sebelah, malam tu juga menelefon ustaz dan suruh halau benda tu.

Pada esok harinya ustaz yang halau benda ni berkata, "Rumah ni dah lama dikosongkan dan rumah ini dah dihuni beberapa makhluk. Sudah menjadi rumahnya dan kerana itu bila anda pulang, mereka marah kerana rumah itu mereka yang punya. Mereka tak suka, jadi cara inilah membuat kalian takut."

Sejak malam itu, bapak mentua dan abang ipar ke rumah kami bermalam dan berzikir tanpa putus-putus, walaupun terus diganggu. Beberapa pakar datang dan pagar rumah serta kami buat kenduri doa selamat.

Saat itu hingga kini bila kami tiada di rumah, tiga hari dalam seminggu ibu mentua dan adik-beradik isteri akan tidur bermalam dan sambil itu berjemaah di rumah itu. Alhamdulillah, tiada gangguan menurut isteri saya. Bayangkan kalau isteri pengsan, saya pula jauh dari "kandang" mainan anak saya, mungkin juga anak kami diganggu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience