BAB 3

Horror & Thriller Completed 14411

Cuti semester kedua Dalila dan Antasha mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung. Alasan mereka ingin menyiapkan kertas kerja yang diberikan oleh pensyarah.

Di samping itu mereka juga ingin menghabiskan masa cuti bersama kawan-kawan yang lain untuk meninjau-ninjau sekitar kawasan menarik yang menjadi tumpuan pelancong di Kuala Lumpur.

Di bilik asrama tempat penginapan Dalila dan Antasha, hanya tinggal mereka berdua dan empat tempat yang lain. Empat yang lain yang tinggal sebilik dengan mereka mengambil keputusan untuk balik kampung.

Dalila sudah menghubungi keluarganya di kampung dan memberitahu bahawa dia tidak balik pada cuti kali ini untuk menyiapkan kertas kerja.

Cuti semester kedua tinggal empat hari saja lagi. Kampus tempat mereka belajar masih sunyi kerana pelajar masih belum datang lagi.

Selepas solat Zohor, Dalila, Antasha dan beberapa kawan-kawannya yang lain keluar bersiar-siar ke kota raya Kuala Lumpur. Tidak ada apa-apa yang dibeli Dalila selain dari buah anggur untuk dimakan malam nanti.

Malam itu, sekali lagi Dalila tidak dapat melelapkan matanya. Dia memandang ke arah Antasha yang sudah lama dibuai mimpi.

Di bilik tidur itu hanya tinggal mereka berempat. Yang lain juga sudah tidur. Dalila tidur di tingkat atas atas katil dua tingkat. Di sebelahnya katil terdapat jaring yang boleh dipandang ke arah luar bilik.

Dalam dia termenung itu, tiba-tiba dia mengereng tubuhnya dan menghadap ke arah jaring.

Dari arah jaring itu dia dapat melihat padang bola dan kawasan yang masih belum diterokai oleh mana-mana kontraktor untuk dibuat projek pembangunan atau perumahan, ataupun sekurang-kurangnya kompleks beli-belah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience