BAB 1 – RENUNGAN POCONG

Horror & Thriller Completed 14411

Entah kenapa malam itu Dalila sukar melelapkan matanya. Jam di dinding menunjukkan tepat pukul 12.00 malam. Dalila mencapai majalah Media Hiburan lalu membeleknya satu persatu.

Dua puluh minit kemudian, mata Dalila mula terasa berat. Dan akhirnya terus hanyut dibuai mimpi malam itu.

Tepat jam enam pagi Dalila bangun dari tidur. Dia segera ke bilik mandi.

Selesai mandi, dia terus mengambil air sembahyang lalu menunaikan solat Subuh. Nyata Dalila seorang gadis yang boleh dikatakan agak rajin menunaikan solat. Kerana itu adalah pesanan yang selalu diulang-ulang oleh ibunya di kampung. Hinggakan nasihat itu melekat dalam fikirannya.

Sudah masuk tahun kedua Dalila tinggal di asrama salah sebuah pusat pengajian tinggi di Selangor. Dalila mengambil jurusan undang-undang. Dia bercita-cita ingin menjadi seorang peguam yang berjaya. Dalila amat berharap cita-citanya menjadi kenyataan.

Kawan sebiliknya, Antasha yang berasal dari Kuantan juga mengambil jurusan yang sama dengannya. Boleh dikatakan mereka berdua berkawan rapat sejak awal kemasukan mereka di institusi ini dahulu. Sehingga kini mereka berdua tidak pernah hilang pandangan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience