BAB 4

Horror & Thriller Completed 14411

Pemandangan larut malam itu hanya diterangi cahaya bulan. Dalila memandang sekeliling padang bola.

Sesekali dia menoleh jam di tangannya yang sudahpun pukul 1.30 pagi. Tapi matanya masih galak menoleh ke arah luar. Dia pun tidak kenapa begitu sukar dia melelapkan matanya.

Sedang matanya memandang ke arah luar, tiba-tiba Dalila ternampak satu makhluk berbungkus serba putih memandang tepat ke arahnya. Terus bulu romanya berdiri. Jantungnya mula berdegup kencang.

Segera dia menarik selimut dan menyelimuti seluruh badannya. Tak sanggup dia melihat makhluk berbungkus putih yang dipanggil pocong itu.

Menggigil tubuhnya.

Dalam pada itu, Dalila terasa kain selimutnya ditarik. Dalila menarik balik. Dia terus berlawan tarik menarik kain selimutnya.

Ketika itu juga, Dalila terasa tangannya tertarik kain lain. Agak kasar dan licin seperti kain kapan.

Tapi dia tidak berani untuk menoleh. Keadaan itu berterusan selama beberapa ketika sehinggalah pocong itu hilang dengan tiba-tiba.

Bila merasakan selimutnya sudah tidak ditarik lagi, Dalila segera turun dari tempat tidurnya dan tidur di sebelah Antasha. Dia akhirnya terlelap di sisi Antasha.

Keesokan harinya, Dalilamenceritakan apa yang dia lihat dan dialaminya semalam kepada Antasha dan seorang kawannya. Antasha hanya tersenyum dan menyindir Dalila kerana tidak percaya kepada cerita adanya pocong sebagaimana yang diceritakan orang sebelum ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience