BAB 6

Horror & Thriller Completed 14411

Setibanya di simpang lampu trafik, saya pun masuk ke dalam lorong tersebut dan saya lihat yang tempat itu belum diusahakan dengan betul. Masih banyak tapak-tapak pembinaan dijalankan di sana.

Jalannya gelap kerana lampu-lampu di situ jaraknya agak jauh dari lampu-lampu yang selalu kita lihat.

Di situ juga ada perhentian-perhentian bas lama yang diletakkan untuk sementara waktu sebelum yang baru dibina.

Dalam perjalanan, saya ternampak perhentian bas di sebelah kiri saya dan jaraknya dalam 75 meter. Di perhentian bas itu ada banyak guni-guni simen terletak di atas tempat duduk. Tetapi ada satu guni yang saya perasan lain rupanya dan mencurigakan.

Ia terletak di sebelah tengah tempat duduk di perhentian bas itu.

Apabila mendekati perhentian bas itu dengan jarak dalam 10 meter, dengan mata yang merenung ke arah perhetnian bas kerana hendak tahu apakah guni yang mencurigakan itu.

Alangkah terperanjatnya saya yang guni yang saya maksudkan bukanlah guni tetapi pocong yang tercegat dicelah-celah guni-guni simen merenungkan saya.

Mula-mula saya tidak percaya tetapi setelah melihat ikatan di atas kepalanya membuat saya yakin yang itu memang benar pocong!

Dengan perasaan yang amat menakutkan, saya terus pulas minyak motor saya tanpa berlengah lagi dan bawa selaju-lajunya tanpa melihat cermin di sebelah pun, sehingga lampu merah pun saya langgar.

Akhirnya bila sampai di highway baru saya rasa lega kerana masih ada banyak kenderaan lalu lintas di sana dan bila saya periksa belakang bonceng saya, selamat tiada sesiapa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience