BAB 5 - POCONG TERCEGAT

Horror & Thriller Completed 14411

Selepas jam 11.15 malam, kami semua bersurai kerana ada yang tinggal jauh. Kami berkumpul seketika untuk berjumpa tentang persatuan kami.

Jadi saya dan beberapa rakan berniat untuk bersembang di kolong blok kerana esoknya tidak bersekolah. Semasa bersembang, tiba-tiba salah seorang daripada kawan saya menelefon telefon bimbit saya dan menyatakan yang LRT yang dia naiki telah berakhir. Malangnya rumahnya jauh pula dari stesen itu.

Tanpa melengahkan masa saya memberitahu rakan-rakan yang lain yang saya harus ke sana untuk menolong rakan saya ini yang tersekat dalam perjalanan pulang.

Saya terus menghidupkan enjin skuter dan terus ke tempat yang dinyatakan rakan saya tadi. Bila saya tiba di sana, saya nampak rakan saya ini duduk di sebuah perhentian bas.

Masih saya ingat masa itu tepat pukul 12.35 pagi. Tanpa membuang masa saya terus menghantarnya ke bloknya.

Bila tiba di bloknya saya rehat sebentar sambil berborak-borak dengannya. Sambil berborak-borak, saya pun bertanya pada rakan saya jalan mana yangg ringkas untuk saya tuju bagi memudahkan perjalanan saya pulang.

Dia pun cakap, "Mat, bila kau keluar dari tempat aku, nanti kau nampak kompleks beli belah Ann. Dekat situ ada lampu trafik. Bila kau nampak lampu trafik itu, kau belok kanan dan terus boleh tembus ke highway."

Saya pun demgr dengan teliti arahan rakan saya ini. Setelah habis menghisap rokok, saya pun bersurai kerana perjalanan pulang jauh dan badan pun dah letih.

Sambil menunggang skuter dan mengikuti arahan rakan saya tadi, akhirnya saya berjumpa dengan jalan yang dia maksudkan itu. Tapi nama jalannya saya tak nampak pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience