BAB 16

Horror & Thriller Completed 14411

Malam itu entah mengapa, kereta di jalanan semakin kurang. Apabila tiba ke pekan pecan pun, Leman perhatikan tiada kereta di depan dan di belakang. Kira-kira dua kilometer selepas melepasi pekan Leman memandu melalui sebuah kawasan tanah lapang yang agak luas. Dan di situlah segala-galanya berlaku.

Tiba-tiba Leman terdengar seperti suara gemersik dari kawasan lapang sebelah kanannya. Apabila diperhatikan ke arah bunyi suara itu, Leman ternampak satu lembaga putih besar bergolek-golek dari tengah tanah lapang itu menuju ke keretanya.

Lembaga putih itu tiba-tiba berhenti di tengah-tengah jalan. Leman tidak nampak dengan jelas wajah sebenar lembaga itu tapi ia seolah-olah satu bungkusan putih yang agak besar.

Pilihan Leman ketika itu ialah sama ada melanggar lembaga putih itu atau mengelakkannya yang mungkin akan menyebabkan keretanya terpelanting masuk ke kawasan lapang itu.

Akhirnya Leman nekad melanggar saja lembaga putih itu. Terdengar satu dentuman yang kuat bila Leman melanggarnya. Ketika itu Leman berkata dalam hati: “Habislah kereta aku!”

Leman mengucap panjang dan membaca beberapa ayat suci sambil cuba membawa kereta setenang mungkin. Ketika menghampiri rumahnya barulah banyak kenderaan yang ditemui. Ketika itu barulah hati terasa tenang.

Ketika tiba di rumah, perkara pertama yang Leman lakukan ialah mencuci kaki di luar rumah sebelum memasuki rumah. Itu petua orang tua-tua.

Kemudian baru dia memeriksa keretanya yang baru melanggar objek putih dengan dentuman yang kuat itu.

Anehnya Leman tak menemui sedikit pun kesan kemik di kereta itu. Habis apa benda yang dia langgar tu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience