BAB 2

Horror & Thriller Completed 14411

Dalila dan Antasha ditempatkan di bilik tingkat empat asrama yang menghadap ke arah padang dan hutan.

Tetapi Dalila tidak fikir pemandangan itu menyeramkannya. Bahkan Dalila juga tidak pernah memikirkan kisah-kisah aneh yang menakutkan.

Biarpun sebelum ini dia pernah mendengar ada beberapa orang penghuni asrama itu menceritakan kisah ternampak hantu bungkus serba putih yang dipanggil pocong.

Bila ada orang bercerita kepadanya, Dalila hanya memekakkan telinga saja. Katanya, semua itu karut belaka.

Dalila tidak percaya adanya hantu pocong dan sebagainya. Tetapi dia percaya bahawa alam ghaib memang ada. Dalila berpendirian demikian kerana dia tidak mahu membuang masa dengan mengingatkan kisah yang dianggap karut itu.

Sepanjang berada di institusi tersebut, Dalila dan Antasha serta pelajar yang lain begitu sibuk dengan pengajian masing-masing. Dalila tidak pernah ponteng kelas pengajiannya. Tidak seperti Antasha yang pernah tidak datang kelas.

Dalilalah yang jadi mangsa Antasha. Segala kertas kerja Dalila akan dipinjam oleh Antasha. Dalila cukup faham dengan sikap Antasha .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience