BAB 17

Horror & Thriller Completed 14411

Esoknya setibanya di pejabat, Leman menceritakan peristiwa itu kepada rakan-rakan pejabat.

Seorang pemandu pejabat yang sering melalui kawasan itu berkata memang sudah ramai orang yang nampak benda-benda pelik di kawasan itu.

Kadang-kadang ia menyerupai pocong, kadang-kadang dalam bentuk sekawan binatang liar yang melintasi jalan dalam jumlah yang banyak. Kadang-kadang menyerupai pokok yang tiba-tiba tumbang di atas jalan.

Bagi mereka yang tak bernasib baik mereka akan mengelakkan dari melanggar benda-benda itu dan akibatnya kenderaan mereka akan terjunam ke kawasan lapang itu. Ramai yang pernah tercedera, malah terbunuh apabila terkejut dan terbabas selepas melihat benda-benda itu.

Mujurlah Leman telah membuat keputusan tepat dengan melanggar lembaga putih itu. Jika cuba mengelakkannya mungkin nama Leman akan disenaraikan sebagai salah seorang mangsa kemalangan di kawasan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience