BAB 13

Horror & Thriller Completed 14411

Malam esoknya kenduri tahlil di adakan di rumah Zakaria untuk arwah Khadeja, Selesai sahaja kenduri tahlil dibuat, Zakaria yang keletihan sejak petang tadi melayan saudara mara yang melawatnya tertidur di katil.

Malam itu Zakaria bermimpi didatangi oleh arwah Khadeja yang meminta dia membuka tali kapannya yang terlupa dibuka sewaktu dikebumikan.

"Abang, tolonglah Khadeja... tolonglah bukakan tali kapan Khadeja... tolonglah".

Zakaria terjaga dari tidur dan berfikir sejenak, adakah dia belum membuka tali kain kapan Khadeja?

Persoalan itu bermain di fikiran Zakaria berulang kali pada malam itu dan menyebabkan Zakaria tidak lena tidur. Zakaria juga terlupa ketika itu kerana pada masa itu dia hanya memerhatikan dan sedang kesakitan dan tidak dapat membantu menurunkan jenazah Khadeja.

Tugas itu diambil oleh adik arwah dan beberapa kaum keluarga yang lain. Mimpi itu tidak diceritakan oleh sesiapa, sehinggalah hari yang ketiga berturut-turut dia bermimpi yang serupa. Zakaria menjadi tidak tenteram, lalu menceritakan pada Tok Imam.

Tok Imam menyarankan Zakaria membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience