BAB 16

Romance Completed 2927

'Kenapa dengan aku ini? Kenapa tiba-tiba aku rasai perasaan dimana perasaan ini selalu ada ketika aku berada di dekat Haneef. Ya Allah, perasaan apakah ini? Benarkah dia berada di dekat ku? Atau ini hanya mainan perasaan ku yang terlalu rindukan dia.'

“ Shanti. Itu suami aku, lelaki yang memakai baju melayu warna sedondon dengan baju aku. Tengah berbual dengan kawan dia, sekejap lagi dia datang sini la tu. Kau duduk sini je teman aku tau." Shanti memandang ke arah lelaki yang Jannah tunjukkan tadi. Dia tak dapat melihat wajah pengantin lelaki kerana posisinya membelakangi dia.

“Assalamuallaikum.." Jantung Shanti semakin laju berdetak demi mendengar suara seseorang yang memberi salam dari arah belakang dia.

“Abang. Ini Shanti kawan Jannah masa kecik-kecik dulu. Shanti, ini suami aku. Abang Haneef

“ Shanti menoleh ke belakang. Dia terpaku, terkedu demi melihat gerangan yang bergelar suami pada Jannah. Beg tangan terlurut jatuh dari pegangan. 'Ya Allah, benarkah apa yang aku lihat ini? Dia kah lelaki yang bergelar suami ada sahabatku? Ya Allah, tabahkan hatiku. Pinjamkan kekuatanMU untukku walau seketika cuma.' Kelopak mata Shanti terasa panas. Airmata jernih sudah berada di empangan mata.

Bia-bila masa sahaja ianya akan gugur menuruni pipi gebu dia. Haneef terkaku dan statik di tempat ia berdiri. Dia tidak menyangka bahwa dia akan bertemu dengan Shanti dengan keadaan yang sebegini. Hati tiba-tiba dirundum du melihat mata Shanti yang berkaca.

'Maafkan Abang Shanti. Abang ingkar janji, Abang hancurkan hati Shanti dengan seteruk ini.'

“Rileks la Shanti, kau tengok ke handsoman suami aku sampai terperanjat macam itu eak? Hee... Abang Mir pun tak kalah handsome dengan Abang sayang aku ni tau." Jannah mengusik Shanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience