BAB 19

Romance Completed 2927

Bahagia tak terkira jika dapat melihat Mak selalu tersenyum seperti itu. Perlahan-lahan dia buka sampul surat itu.

Sepucuk surat yang begitu wangi dia keluarkan dari sampul.

Teruntuk Shanti Razziah.

Assalamuallaikum wahai bidadariku. Jodohku...

Aku tidak tahu siapa dan dimana dirimu.Aku hanya tahu engkau ada di dunia ini. Jodoh telah ditentukan olehNYA.Hanya perlu perbaiki diri, sabarDan berusaha cari yang lebih baik.

Jika memang jodoh.Sekuat manapun kita mengelakIanya pasti akan bertemu kembali.

Jika memang tiada jodoh.Sekuat manapun kita pertahankan.Ianya pasti akan terpisah jua. Dan aku berdoa pada setiap sujudku.Agar awaklah jodoh yang Allah tentukan buatku.

Awaklah jodoh yang tertulis di Luh Mahfuz untukku. Sudikah awak. Shanti Razziah. Menjadi suri dalam hidupku?Menjadi ibu pada anak-anakku kelak?Menjadi peneman suka duka diriku.

Yang Berharap.Arish Faiq Surat itu dia lipat lalu di masukkan kembali ke dalam sampul.

Wajah Mak dia tatap, Senyuman yang tak pernah lekang dari bibir Mak menjadi tatapan terindah untuknya tika ini. Shanti mengukir senyum dalam keperitan.

Dia sudah ada jawaban untuk percaturan takdir yang Allah tunjukan padanya. Allah maha adil, bukan sahaja-sahaja dia mengambil apa yang kita punya.

Kerana Allah pasti akan menggantikan yang lebih baik dari yang DIA ambil itu.

“Abang Arish."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience