BAB 14

Romance Completed 2927

“Ada, ni ha. Dalam beg Mak. Kenapa Shanti tanya?"

“ Aik, tanya pun tak boleh ke mak? Pelik je Mak ni selepas dapat kad jemputan tu dua hari lepas. Ada apa-apa yang mak sembunyikan dari Shanti ke?" Shanti memandang sekilas pada wajah Mak. Pelik. Mak Cik Khalsom menghela nafas. Mencuba mengawal riak pada wajah yang agak cuak dengan pertanyaan anak gadisnya itu." Takda apa lah. Hah, cepat sikit bawak kereta ni, Mak dah tak sabar nak jumpa Aunty Sophea kamu tu. Rindu bebenor Mak dengan dia"

“ Ni dah laju dah ni. Sabar sikit ye Mak ku sayang.hee" Mak Cik Khalsom memandang ke hadapan.

Merenung kosong pada jalan raya di hadapan. Selepas dapat kad jemputan kahwin dari keluarga Jannah 2 hari lepas, dia terus menyimpan kad itu. Sengaja dia tak bagi Shanti nampak kad itu. Jika Shanti bertanyakan soal Kad itu, dia akan mengelak dari melihatkannya pada anak gadisnya itu.

Bukan apa, dia tak hendak tengok kesedihan menyelubungi hati Shanti bila Shanti tengok sebaris nama yang tertera pada dada kad jemputan itu. Berbagai alasan di beri untuk memujuk Shanti agar tidak pergi ke majlis kahwin Jannah.

Tapi semua sia-sia belaka, kerna tika ini. Mereka sedang berada dalam perjalanan menuju majlis itu.

'Tabahkan hatimu Shanti, Mak tahu anak Mak akan kuat dengan apa yang akan terlihat sebentar sahaja lagi. Ya Allah, pinjamkan kekuatan dan kecekalan hati untuk anakku ini.' Mak Cik Khalsom berdoa di dalam hati.

Jantung Shanti semakin berdetak laju.'kenapa dengan aku ni? Yang hendak kawin tu Jannah, tapi aku pulak yang tegang semacam.' Shanti membaca ayat-ayat suci yang dapat menghilangkan resah didalam hati.

Seketika dia memandang Mak yang nampak sayu bila menatap wajahnya. Terkadang rasa pelik dengan tingkah Mak yang nampak sayu dan sedih bila nampak muka Shanti sejak dari perjalanan menuju kerumah Jannah hingga kan mereka menjejak kaki di kediaman Jannah yang gah ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience