BAB 3

Romance Completed 2927

Bukan dia terburu-buru dengan perkenalan yang singkat ini, tapi buat apa menunda-nunda jika ianya bersifat baik.

Hampir enam bulan mengenali Shanti dengan perkenalan yang lebih mendalam. Pertemanan yang lebih istimewa. Haneef cukup tahu akan sifat-sifat Shanti.

Shanti gadis yang ceria dan happy dengan gurauan sengal yang begitu memikat hati Haneef. Shanti kelakar, Shanti akan berterus terang tentang apa yang dia rasakan.

Jarak yang cukup jauh itu tidak menghalang mereka untuk saling menyemai bibit cinta yang semakin hari semakin mekar di hati keduanya.

“Tiga tahun itu lama dan cukup menyeksa abang jika harus berjauhan dengan Shanti."

“Tak akan lama jika kita lalui dengan kerelaan dan kesabaran abang. Anggap saja ini ujian yang Allah bagi untuk kebahagiaan kita nanti. Selama ini pun kita berjauhan, berjumpa hanya sekali dua sahaja. Shanti yakin abang pasti boleh jalani semua ini." Pujuk Shanti bersungguh-sungguh.

Sebenarnya dia pun berat hati untuk berpisah jauh beribu batu dengan jejaka yang dia sayangi.

Tapi siapa dia hendak menghalang. Ini adalah langkah awal Haneef menuju cita-cita, langkah menuju kebahagiaan merka berdua jika memang Allah menghendaki mereka bersatu satu hari nanti.

“Tiga tahun bagi abang tu cukup lama Shanti. Memendam rindu pada Shanti disini. Adakah Shanti akan setia menunggu abang hingga abang kembali ke tanah air nanti?" Sayu dan lemah sahaja suara Haneef yang terdengar di corong telefon.

“Jika abang rindu, abang telefonlah Shanti dekat sini. Ataupun abang kirim surat dekat Shanti." Sayu sudah menular kedalam diri Shanti. Tapi biarlah sayu ini dia sahaja yang merasa, Dia tidak ingin membuat Haneef semakin berat hati bila dia tunjukan rasa sedih dia ketika ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience