BAB 6

Romance Completed 2927

'Apa yang harus aku buat? Haruskah aku tetap menunggu?' Hati kecil Shanti bertanya. Tiga tahun Shanti sanggup menunggu kepulangan Haneef, kenapa tidak sekarang yang mungkin hanya memakan waktu beberapa jam sahaja lagi.

'Mungkin sebentar sahaja lagi Abang Haneef akan tiba.' Dan akhirnya, suara hati meminta agar Shanti tetap setia menunggu Haneef di tempat itu.

“Buat apa kamu tunggu Haneef yang belum tentu setia pada kamu Shanti? Buatnya pulang nanti dia dah ada kekasih hati yang baru. Tak ke buat penat dan membuang masa kamu sahaja." Bebel Hazilah teman serumah Shanti.

Shanti memandang Hazilah dengan tatapan kosong. Apa yang harus dia buat jika apa yang di ucapkan Hazilah benar-benar berlaku? Sedih? Gembira?

Sanggupkah dia gembira jika orang yang dikasihi berpaling kasih pada wanita lain.' Ya Allah, aku berserah semua kepada-MU.' Doa Shanti dalam hati. Sudah hampir tiga bulan Haneef tiada khabar.

Shanti terasa sunyi tanpa deringan telefon dari Haneef yang satu masa dahulu selalu sahaja ada. Terakhir Haneef berbagi khabar adalah tiga bulan sudah, Itu pun melalui pesanan yang Shanti hantar melalui laman sosial fac. Haneef mengatakan yang dia agak sibuk akhir-akhir ini.

Demi tidak mengganggu kerja Haneef yang mungkin memang banyak. Shanti setia menjadi penunggu perkhabaran dari Haneef. Tapi hingga ke hari ini, di tiga bulan yang terlewati ini.

Tiada satu pun khabar yang dia terima dari Haneef. Hendak bertanya kepada kedua Ibu Bapa Haneef? Dia masih terasa malu dan kekok walau pernah sekali dua dia berhubung telefon dan berkunjung kerumah Makcik Halimah yaitu Ibu Haneef.

Makcik Halimah baik orangnya, Ramah walau dengan siapa sahaja, itu pandangan Shanti ketika bertamu ke rumah Haneef suatu masa dahulu. 'Apa agaknya khabar Makcik Halimah sekarang iya? Sudah cukup lama juga aku tak berhubung dengannya.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience