BAB 15

Romance Completed 2927

Shanti menebar pandangan ke sekeliling, mencari kelibat Uncle Padin dan Aunty Sophea. Terasa rindu benar pada kedua orang tua itu. Di salah satu sudut tempat itu, dia ternampak Uncle Padin sedang berbual dengan bebrapa tetamu. Senyum terukir di bibir Shanti bila apa yang dia cari dapat terjumpa.

“ Mak, tuUncle Jas dengan Aunty Sophea." Shanti memberitahu Mak Cik Khalsom sambil tangan menunjuk kearah orang yang dicari. Mak Cik Khalsom dan Shanti melangkah mendekat.

Tapi belum sempat melangkah jauh, terasa ada seseorang merempuh Shanti. Nasib baik dia tak terjatuh kerana ada tangan yang sempat memegang dia sebelum terjatuh bak nangka busuk.

Shanti Menoleh pada empunya badan yang menolong dia. Hendak ucap terima kasih. Tapi dia tergamam saat melihat lelaki tegap dan cukup handsome dengan baju melayu warna putih susu tersarung di badan.

“ Razziah." Siapa pemuda dihadapannya ini? Kenal kah aku pada dia? Tak banyak orang yang memanggil dia dengan nama Razziah. Hanya dia, ya. Dia! Abang Arish sahaja yang selalu memanggil dia dengan nama Razziah.

“ A.. Abang Arish?" Shanti bertanya, sekadar ingin memastikan, benarkah yang dia lihat ini Arish Faiq. Pemuda itu tersenyum sambil menganggukan kepala.............

“ Weeii... Suami kau mana? Dah dekat 15 minit aku terpacak kat sini. Tapi tak juga nampak suami kau. Pasti kacak kan? Sepadan dengan kau yang cantik menawan bak bidadari. Heee" seloroh Shanti pada Jannah yang anggun mengenakan gaun pengantin warna merah hati itu. Entah kenapa, dia rasa berdebar dan teringin sangat bertemu suami pujaan hati Jannah. Pujaan hati yang selalu di sebut-sebut kawannya itu ketika dalam telefon seminggu ini.

“ Ada kat dalam bilik. Tadi tengah salin baju, tetiba kata sakit perut pulak. Tu yang lambat sikit."

“ Apa kes lah. Pengantin lelaki sakit perut a.k.a cirit birit saat majlis persandingan. Hee.. Lawak la."

“ Ha. Gelak la gelak. Sekejap lagi kau nangis pasal banyak gelak kang, aku tatau nak cakap apa. Terus sahaja aku panggil Abang Mir." Kening ala-ala Ziana Zain sudah tertera di kening Jannah sambil senyum mekar tersungging dibibir indah yang tercalit lipstik itu. Jantung Shanti berdetak semakin laju. Dia pegang dada yang semakin cepat berdetak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience