BAB 13

Romance Completed 2927

“ Mak nak tolong apa?" Shanti bertanya sambil berjalan menuju ke pintu hadapan beriringan dengan Mak Cik Khalsom. Mak Cik Khalsom menjeling ke arah anak perempuan dia satu-satunya. Anak aku ni lurus betul, nasib tak bendul.

“Tolong carikan calon la, tak akan nak cari ikan keli kat sungai belakang rumah tu. tak hendak Mak." Shanti senyum seketika, lalu di capai tubuh Mak dan di peluknya tangan Mak manja.

“Mak kan tahu sendiri. Yang Shanti..."

“ Shanti tunggu Abang Haneef pulang. Shanti setia pada janji." Ungkap Mak Cik Khalsom memotong perkataan Shanti." Hendak tunggu sampai bila lagi Shanti? Dah tiga tahun lebih dia di negara orang tu Shanti. Janji tiga tahun dia akan pulang, tapi ini dah lebih dari sebulan.

Tak bagi khabar berita pada kamu lagi kan? Untuk apa kamu tunggu janji yang tak pasti itu Shanti. Jangan membuang waktu yang singkat ini Shanti. Mak ini dah tua. Bila-bila masa sahaja Mak akan pergi.

Sebelum Mak tutup mata, Mak nak tengok anak Mak yang comel ini bahagia dengan keluarga Shanti sendiri. Carilah bahagia kamu Shanti. Jangan terlalu berharap pada janji-janji yang tak bertepati itu Shanti

“ Mak Cik Khalsom mengusap lembut ubun-ubun anak dia yang dilitupi tudung. Rasa bangga dan juga kasihan berkumpul menjadi satu dalam hati. Bangga mendapat kurnia anak yang berbakti dan juga setia pada janji. Kasihan jika kesetiaan yang di jaga hanya akan dibalas dengan airmata penipuan. Shanti orangnya terlalu polos. Polos dalam menyelami erti kasih duniawi.

“ Mak... Tak nak lah cakap macam tu. Insya Allah, Mak boleh tengok Shanti bahagia, dan Mak akan tetap bersama Shanti hingga ke hujung nyawa Shanti." Semakin erat Shanti memeluk lengan Mak. Entah kenapa, dia merasa ingin sekali menangis ketika ini. Rasa sedih bertandang dengan serta merta dalam diri.

"Mak, kad jemputan tu mak ada bawa tak?" Shanti bertanya, tapi pandangan tetap fokus ke jalan raya yang sedikit sesak dengan lalu lalang kenderaan lain. Maklum la, hari ahad macam ni banyak orang yang hendak berpeleseran dengan keluarga. Mak Cik Khalsom menoleh ke arah Shanti seketika sebelum menyeluk tangan ke dalam bag tangan yang ada di riba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience