BAB 18

Romance Completed 2927

Belum pun kaki menghampiri Mak, Shanti terdengar dendangan lagu Hafiz Bahagiamu Deritaku dari alunan muzik di hujung kanan sana. Request lagu dari salah seorang tetamu yang hadir pada penyanyi yang di bayar untuk memeriahkan majlis ini.

Bait-bait lagu itu seakan meresap ke dalam hati Shanti. Shanti meminta izin untuk pulang pada kedua orang Jannah. Mak Cik Khalsom seakan dapat merasakan kesakitan yang di alami sang anak.

Shanti boleh mengaburi mata sesiapa dengan senyum yang dia pamer, tapi tidak dia. Dia darah dagingku, aku sangat tahu apa yang sedang menimpa hati dia.

“ Mak tahu Shanti akan kuat hadapi semua ini. Bersabarlah sayang, dia bukan jodoh yang Allah kirim untuk Shanti. Allah pasti akan berikan jodoh yang lebih baik dari dia untuk anak Mak yang cantik ini." Shanti tersenyum. Bahagia kerana di kurniakan Mak yang sangat prihatin dan dayang pada dia. 'Dia lah kekuatanku yang sebenar. Mak ku sayang.'

Sesampainya di dalam kereta. Shanti mencium haruman bunga mawar putih yang seketika tadi dia dapat. Seorang budak perempuan dalam lingkungan belasan tahun menghampiri dia, lalu memberikannya sejambak bunga mawar putih dan sepucuk surat berwarna putih dengan gambar hati di dada sampul surat itu.

Siapa gerangan yang memberikan semua itu? Saat dia bertanya pada gadis itu, jawaban yang diberi hanyalah senyum dan gelengan kepala gadis itu.

Biarpun begitu, dia tetap mengambil jambangan bunga dan sampul surat itu. Entah kenapa, rasa ringan sahaja tangan itu menerimanya. Mak Cik Khalsom di tempat duduk sebelah sudah tersenyum simpul.

'Semoga dia dapat mengubati luka dihati Shanti.' Doa Mak dalam hati. Shanti memegang sampul surat itu, lalu dia menoleh pada wajah Mak di sisi. Mak tersenyum. Senyuman Mak adalah semangat dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience