BAB 5

Romance Completed 2927

Dia hanya budak kampung yang merantau jauh ke bandar mencari rezeki demi menyambung hidup.

Kerja apa yang boleh dia dapat bila hanya kelulusan SPM yang dia ada. Kerja kilang pun sudah cukup bagus untuk dia ada. Di awal tahun berjauhan dengan Haneef, dia memang masih boleh merasa gembira dan tidak terasa sedih kerana hampir setiap hari Haneef menelefon dia.

Haneef akan bercerita tentang keseharian dia disana, pertama kali menginjak kaki di negara orang, pertama kali merasa musim salji yang begitu amat sejuk.

Masuk bulan ke tujuh, satu minggu sekali Haneef akan menelefon Shanti. Kalau di ikutkan hati, memang hari-hari dia akan menelefon si buah hati.

Tapi Shanti sudah pernah berpesan pada dia, jangan terlalu sering menelefon. Berjimat untuk masa depan, Shanti tidak ingin Haneef terlalu membazir bill telefon, kerana Shanti tahu betapa mahalnya panggilan ke luar negara.

“Abang rindukan Shanti sangat-sangat. Akankah Shanti setia memunggu abang hingga abang kembali nanti?"

“InsyaAllah, dengan izin sang pencipta yang maha segalanya. Shanti akan tunggu hingga kepulangan Abang ke tanah air."

“Sembilan may! Pada tarikh itu Abang pergi timggalkan Shanti di bumi Malaysia, dan pada tarikh itu, di dua tahun yang akan datang. Abang akan kembali ke bumi Malaysia untuk temui Shanti dan menyunting Shanti menjadi suri hati Abang.Shanti tunggu Abang iya." Kenangan dua tahun lalumasih terasa begitu segar dalam ingatan Shanti Janji yang di lafaz masih sedia dia ingati sehingga kini.

Dan kini, detik ini. Dengan berbekal janji yang terlafaz, kini dia berdiri di tengah-tengah ratusan orang di KLIA.

Setia menunggu kepulangan Haneef seperti yang dijanjikan dahulu. Satu jam berlalu, dua jam berjalan, empat jam terlewati tanpa kelibat Haneef yang tak kunjung nampak.

Lupakah Haneef pada janji yang di lafaz dahulu? Tidak! Berfikirlah positiv Shanti. Mungkin Ada penundaan penerbangan dari Australia. Tapi, tiada pemberitahuan di layar tv di hujung atas sana yang memberitahu ada penundaan penerbangan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience