BAB 4

Romance Completed 2927

“Shanti akan tunggu abang sampai bila-bila." Setitis airmata jatuh membasahi pipi gebu Shanti.

Siapa cakap dia tidak sedih jika harus berjauhan dengan kekasih hati. Jauh antara Kuala Lumpur Johor itu masih boleh dia terima.

Tapi kini jauh beribu batu antara Malaysia dengan Australia. Haneef mendapat jawatan pekerjaan yang lebih tinggi dari sebelumnya, tapi dia akan dipindahkan ke cawangan syarikat yang bermastutin di Negeri Kanguru Australia itu.

“Sudikah Shanti menjadi suri hidup abang? Menjadi ibu pada anak-anak abang nanti?Sudikah Shanti?"

“Shanti... Shanti akan tunggu Abang," Klik. Talian pun ditutup oleh Shanti. Sebak sudah menguasai diri, dia tidak ingin Haneef mendengar tangis sendu bercampur bahagia keluar dari bibir dia kerna itu akan membuat Haneef berbelah bahagi antara pergi ataupun tidak.

“ :) Shanti Sudi.“

Dia melihat lagi pesanan ringkas yang baru saja dia hantar kepada Haneef. Sisa airmata di pipi dia kesat dengan belakang tapak tangan. Pergilah airmata, biarkan aku gembira meniti hari tanpa si 'dia' di dekat ku.

“ Tunggu Abang Anip balik, I will make you to be my princess in my life, quenn in my world honey.Abang sayang Shanti sangat-sangat. ~Haneef“

Setahun berlalu. Dua tahun telah terlewati. Tahun pertama yang cukup mendebarkan.

Dahulu jika rindu mula terasa, pesanan ringkas selalu sahaja dihantar untuk si dia yang di kasihi. Atau tak, laman muka buku yang menjadi mangsa luahan hati Shanti.

Sekarang, hendak ber-sms pun harus fikir dahulu. Sekali dua itu masih larat la, kalau nak sampai berkali kali tu pokang la jawabnya. Dia bukan anak orang berduit yang bila-bila masa sahaja kredit habis, boleh terus top up.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience