BAB 11

Romance Completed 2927

Dia masih Ingat lagi, sewaktu kecil dahulu. Dia selalu menyakat Shanti dengan Abang dia, Arish yang tua 7 tahun dari mereka.

“ Tahniah weei, tak sangka kau akan kahwin lebih dahulu dari aku. Dan itu bermakna, doa aku waktu kecil dulu tu termakbul la ye.. Hee" Shanti menjungkit-jungkit kening ala-ala Ziana Zain gitu.

“ Iya kan. Padahal dahulu aku berdoa yang kau akan kahwin dahulu, tapi aku pulak yang bertemu jodoh dulu. Hurrmm... Mungkin doa aku pun akan termakbul juga kut." Jannah kenyit mata pada Shanti selepas menutur kata. Shanti kerut kening, tak faham dengan 'Doa' yang dimaksutkan oleh Jannah.

“Please jangan buat muka macam tu! Tak lawak betul, calon kakak ipar aku ini.haha" Jannah ketawa.

Shanti menampar lembut tangan Jannah. Tak habis-habis lagi nak kenenkan aku dengan Abang dia.

Agaknya, apa kabarnya dengan Abang Arish itu ya? Masih Handsome kah seperti dulu? Atau? Setelah beberapa minit berbual dengan Jannah, Shanti meminta diri untuk pulang.

Sebelum berpisah, mereka saling berbagi nombor telefon agar lebih mudah untuk berhubung kembali. Dan merapatkan lagi silaturahim yang terputus dahulu.

Dup! dap! dup! dap... Jantung ini begitu cepat berdetak. Perasaan ini sudah lama tidak aku rasai. Perasaan seperti ini hanya akan timbul jika dia didekat ku. Ya Allah, benarkah dia telah kembali?

Atau, ini semua hanya mainan perasaan yang tengah sarat di dalam hati ku, sarat dengan keinginanku menatap wajah kekasih yang sekian lama tak ku jumpa?

Shanti menyentuh dada yang semakin rancak berdetak. Berdebar sungguh perasaannya tika ini. 'Semua hanya mainan perasaan ku sahaja'. Shanti beredar dari bangunan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience