BAB 17

Romance Completed 2927

Dia tidak tahu gelodak jiwa yang tengah sarat di dalam hati sahabatnya itu. Shanti tersedar, lalu dia menunduk mengambil beg tangan yang jatuh ke lantai sambil mengusap airmata yang menitis jatuh dari kolam mata yang sedari tadi dia cuba kawal agar tidak keluar dari kelopak mata.

“Maafkan Abang. Abang khianati kesetiaan Shanti pada Abang. Abang mungkiri janji yang Abang sendiri patri untuk Shanti. Maafkan Abang." Bersungguh-sungguh Haneef memohon maaf dari Shanti.

Ketika itu hanya ada mereka berdua di tepi kolam tak jauh dari tempat para tetamu yang hadir di majlis itu. Shanti diam tanpa suara. Hendak marah?

Untuk apa kemarahan itu jika ianya tak akan mengembalikan Haneef padanya. Tetapi hanya akan menimbulkan persengketaan antara dia dan Jannah. Untuk redha. Mungkin belum sepenuhnya dia redha dengan semua ini, tapi dia akan terus mencuba redha dan pasrah akan ketentuan takdir yang tertulis.

“ Semua ini suratan takdir. Dah memang tertulis dari loh mahfuz sana yang Abang bukan jodoh Shanti, tapi Abang adalah jodoh Jannah yang Allah titipkan untuk menjaga dan melindungi dia. Abang tak perlu meminta maaf dari Shanti, kerana Abang tiada salah apapun pada Shanti. Shanti harap, Abang akan jaga Jannah dan bahagiakan dia selagi nafas masih tersisa. Lupakan kisah kita yang pernah terwujud dahulu. Anggap semua itu hanya mimpi yang bermain dalam tidur kita." Selesai meluahkan segala yang ada dalam hati Shanti melangkah pergi meninggalkan Haneef yang masih berdiri di tempat tadi.

Baru beberapa langkah di hayun, Haneef menyeru nama Shanti sekali lagi. Lirih, tapi cukup pada pendengaran Shanti. Shanti berhenti dari terus berjalan.tanpa menoleh dia masih setia menunggu perkataan yang akan keluar dari bibir Haneef.

“ Tapi rasa kasih sayang untuk Shanti sentiasa ada, walau hati Abang telah terbagi. Izinkan Abang simpan rasa ini untuk Shanti selamanya."

" Buang rasa kasih yang Abang pernah beri pada Shanti, kerana semua itu hanya akan merosakkan masa depan Abang. Jangan ikat Shanti dengan rasa bersalah kerana membiarkan Abang menyimpan rasa yang tak sepatutnya di beri untuk Shanti. Biarkan Shanti pergi mencari kebahagiaan Shanti sendiri. Assalamuallaikum" Shanti berjalan pergi tanpa menoleh kebelakang lagi. Dia melilau mencari kelibat Mak Cik Khalsom di dewan majlis itu. Dia ingin segera beredar dari sana, rasa perit yang mencucuk hati semakin terasa pedihnya. Ingin dia menangis tersedu dalam pelukan Mak tersayang, kerana hanya Mak yang akan faham rasa yang dia tanggung sekarang ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience