BAB 1

Romance Completed 2927

Tema warna pernikahan ini sungguh menyejukkan hati Haneef. Hijau pucuk pisang yang di padankan dengan warna gold. Hijau sangat menyegarkan mata para tetamu yang hadir ke majlis pernikahan itu.

Haneef duduk sambil mata melilau ke sekeliling kemah yang di sediakan. Cuci mata, siapa tahu ada sesiapa yang dia kenali disini.

Mata melilau hampir sepuluh minit, tapi tidak satupun yang dia kenal sangat. Selepas selesai menjamu selera, ibu bapa Haneef meninggalkan dia duduk sendiri di meja itu.

Haneef menoleh ke arah kanan, gadis manis bertudung coklat muda itu seakan membuat dia leka dengan keindahan yang Allah ciptakan. 'Subhanallah, indahnya CiptaanMU'. Menyedari kesalahan yang dia lakukan, Haneef beristiqfar dalam hati.

Tidak sepatutnya dia merenung gadis itu dengan begitu sekali, merenung seorang ajnabi yang haram bagi dirinya. Tetapi sungguh, gadis itu seakan bidadari yang selalu singgah di dalam mimpi malamnya satu waktu dulu. Raut wajah gadis itu seakan dia kenali, tapi siapa?

Itu yang menjadi tanda soal di benaknya. Dengan doa Bassmallah dan jantung yang berdetak tanpa rentak, Haneef beranikan diri menyapa gadis itu di meja sebelah.

Menyedari seakan ada seseorang yang menghampiri meja yang sedang ia tempati, gadis itu pun mendongak kearah Haneef.

Gadis itu diam tanpa senyum yang seketika tadi sempat Haneef nampak pada raut ayu itu.

“Assalamuallaikum.." Sapa Haneef agak lirih memberi salam. Nervous bro!

“Walaikumussalam.." Jawab gadis itu dengan di iringi senyum manis bak gula-gula kapas yang mungkin akan mencairkan hati si jejaka di hadapannya ini.

'Siapa mamat ni? Tiba-tiba aje muncul didepan aku. Nak mengorat ke?' Ngomel gadis itu di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience