BAB 4

Romance Completed 6966

“Wirna, apasal aku tengok bos macam makin angin dengan kau sekarang?”

Soalan Afiq, teman sekerjaku itu membantutkan acara aku yang sedang bersarapan pagi.

“Entah..Dr. Zack kan memang macam tu.”

Kataku ringkas sambil terus mengunyah roti kosong.

“Tak ada la...dengan orang lain aku tengok dia ok je, tapi bila dengan kau je dia hangin satu badan.”

Kata Afiq lagi.

“So what? Aku tak hairan lah!”

Seleraku mati tiba-tiba apabila Afiq menyebut nama Dr. Zack. Sungguh aku allergik dengan lelaki itu.

“Aku rasa kan, dia suka kat kau lah.”

Hampir saja tersedak roti yang aku makan mendengar Afiq berkata begitu. Aku cepat-cepat mencapai air milo di hadapanku dan meneguknya cepat-cepat.

“Heh Afiq, kau jangan nak mengarut pagi-pagi boleh tak?!”

Marahku.

“Kalau ye pun marah, tak kan sampai tercekik kot.”

Afiq galak mentertawakan aku. Aku mendengus geram.

“Dah, yang kau sesuka hati mak bapak kau je cakap macam tu. Siapa yang tak geram!”

Rungutku.

“Ala..aku cuma rasa je. Mana tahu betul…”

Afiq tak puas lagi menyakatku.

“Ha’ah ye sangat la tu…orang kalau suka kat someone, dia tak kan marah-marah macam tu. Sebab dia tak suka aku la yang dia selalu angin tu.”

Jawabku geram.

“Who know he got another way to tackle you.”

Kata Afiq lagi.

“Eii Afiq, kau ni jangan fikir bukan-bukan boleh tak? Aku sumpah aku mahu mandi bunga tujuh hari tujuh malam kalau aku dapat boyfriend macam dia. Tak nak lah aku!”

Aku merengus geram. Afiq ketawa.

“Amboi Wirna, kau jangan main sumpah-sumpah. Kan jadi betul kan, naknya kau nanti!”

“Afiq! Kau ni tak ada kerja lain ke selain daripada nak kenakan aku. Aku tahulah kau tu baru dapat tackle staff nurse lawa kat wad sebelah tu.”

Tawa Afiq terhenti mendengar kata-kataku.

“Heh, pandai la kau ni. Tak baik gosip aku bukan-bukan tau!”

Marah Afiq.

Aku mula tersenyum nakal. Giliran aku pula mengenakannya.

“Eleh, gosip la konon. Tak silap aku, satu department kita tahu yang kau tengah angau dengan staff nurse tu…dengar-dengar hari-hari kau belikan dia breakfast…oww so romantic!”

“Alah...setakat bawakkan breakfast pun dah dikira nak ngurat lah ek? Ish korang ni, tak baik tau tuduh aku macam tu.”

Afiq mula berubah angin. Aku ketawa kecil.

“Bukan tuduh la..mengaku je la Afiq. Sudah terang lagi bersuluh, tunggu apa lagi…declare je la..”

“Woi Wirna…kau ni memandai je la ek. Aku dengan staff nurse tu tak ada apa-apa la. Awek orang tu…”

Kata Afiq bersungguh. Kelihatan telinganya memerah. Comel!

“Alah awek orang je..bukan bini orang pun. Ada peluang lagi nak tackle.”

Aku mengenakannya lagi.

“Gila apa! Tak nak lah aku!”

Marah Afiq.

“Afiq, jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama…dia di ambil orang…lalala..”

Aku menyanyi kecil.

“Pandai la kau nyanyi ek!”

“Of course I am.”

Afiq dan aku ketawa serentak. Afiq tampak senang betul bila aku menyebut pasal staff nurse tu.

“Ehem..ehem!”

Ketawa kami mati apabila mendengar orang berdehem tiba-tiba. Kami berpaling ke arah muka pintu serentak. Alamak! Dr. Zack! Aku dan Afiq berpaling sesama sendiri. Kami terdiam tidak terkata apabila melihat Dr. Zack tercegat di situ tak tahu sejak bila. Dia dengar ke aku menyanyi tadi?

“Korang ni, tak ada kerja lain ke selain bukak kedai kopi kat sini?”

Soal Dr. Zack kasar.

“Kami cuma breakfast bos.”

Afiq menjawab.

“Hah, breakfast apa sampai dekat setengah jam. Lepas tu pesakit, korang tinggal macam tu je!”

E’eh Dr. Zack ni, tak kan kami tak boleh nak makan langsung kot.Kami pun manusia jugak. Ada perut, mestilah kena makan. Apa la..

“Sorry bos.”

Kata Afiq lagi. Aku dari tadi hanya berdiam diri. Malas mahu cakap apa-apa.

“Wirna! Kalau kamu nak menyanyi bukan kat sini tempatnya, pergi je karaoke. Nyanyi sana puas-puas!”

Tiba-tiba Dr. Zack menengkingku.

Aku mencebik. Pipiku terasa panas. Alamak, kiranya dia curi dengar la perbualan kami tadi. Malunya Ya Allah!

“Err…maaf bos.”

Itu sahaja jawapanku yang paling baik buat masa ini.

“Dah! Pergi buat kerja sekarang! Jangan nak curi tulang lagi.”

Kata Dr. Zack tegas.

Kami hanya menurut arahan. Cepat-cepat aku dan Afiq bangun dan beredar dari pantry wad. Saat aku melintasi Dr. Zack, aku perasan yang dia sedang merenungku tajam tidak berkelip. Tetapi aku benar-benar tidak kuat untuk bertentang mata dengannya. Apa lagi setelah pertemuanku di biliknya beberapa hari yang lepas. Ternyata dia masih marah denganku pasal apa yang aku perkatakan tempoh hari. Argh…biarkan je lah. Bukan aku cakap benda salah pun! Salah ke aku berterus-terang pasal pendapat aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience