BAB 15

Romance Completed 6966

“Kenapa Dr. Zack tak beritahu pasal ni?”

Soalku sebaik sahaja kami masuk kamar pengantin bersama-sama.

“Sayang, kan abang dah cakap jangan panggil Dr. Zack lagi. Panggil ‘abang’ je.”

Jawab Dr. Zack lembut.

“Ye la..abang.”

Terasa sungguh kekok untuk berbahasa seperti itu dengan bos ku sendiri.

“Ha..macam tu la…kan sedap bunyinya.”

Kata Dr. Zack sambil mencium dahiku. Hatiku yang tenang berkocak kembali. Terasa ada perasaan halus sedang meresap ke setiap sudut hatiku.

“Kenapa abang tak beritahu Wirna yang abang lah sebenarnya bakal suami Wirna?”

Soalku ingin tahu.

“Buat apa abang nak beritahu. Tak penting pun.”

“Apa pulak tak penting, ini kan soal kahwin. Wirna patut tahu pasal ni.”

Marahku.

“Abang tak nak Wirna tahu sebab abang takut…”

“Takut pasal apa pulak?”

Soalku tidak mengerti.

“Takut Wirna tak boleh terima abang.”

“Lah…kenapa pulak? Abang tak pernah pun tanya Wirna pasal ni.”

“Sebab tu abang takut, yelah abang kan selalu marah-marah Wirna dulu. Abang takut, Wirna tak dapat maafkan abang & tak dapat terima cinta abang pada Wirna.”

“Yelah tu..kalau abang takut, kenapa tak bagi Wirna cuti bertunang hari tu?”

Aku seperti meragui kata-katanya.

“Masa tu memang abang betul-betul tak boleh bagi Wirna cuti sebab masa tu memang betul-betul tak cukup orang untuk jaga wad. Abang tak nak ‘bias’ pada staff-staff abang, I’m so sorry..abang terpaksa.”

“Tapi kenapa abang still marah-marah Wirna lepas tu?”

Aku masih tidak berpuas hati dengan jawapannya.

“Hai banyak betul soalan Wirna, kenapa ni sayang. Tak percaya abang ye?”

Soal Dr. Zack lembut.

“Bukan tak percaya. Cuma pelik. Abang cakap, abang suka Wirna tapi pada masa yang sama abang marah-marah Wirna. Lepas tu buat Wirna macam teruk sangat je.”

Getusku.

“Sebab abang jeleous sangat masa tu…”

“Jealous pasal apa pulak?”

Aku tidak mengerti dengan kata-kata Dr. Zack itu.

“Ye lah, abang asyik nampak Wirna ke hulu ke hilir dengan Afiq je. Macam belangkas. Tak ubah macam orang yang tengah couple.”

Aku terkejut.

“Lahh abang ni. Afiq tu kan best friend Wirna dari zaman student lagi. Tak kan dengan dia pun abang nak jealous.”

“Wirna tak faham. Abang tak tahu kenapa abang suka sangat dengan Wirna. Semenjak hari pertama Wirna masuk kerja, abang dah jatuh hati pandang pertama pada Wirna. Tapi bila nampak, Wirna rapat dengan Afiq, abang rasa marah sangat. Abang sebenarnya marah dengan diri abang sendiri kerana abang rasa abang tak patut jatuh cinta sekali lagi lepas putus tunang dulu. Maafkan abang Wirna, sebab selalu marah-marah sayang.”

Terang Dr. Zack dengan panjang lebar.

Tangangku diraih dan dikucup lembut. Aku terkesima. Aku seakan tidak percaya dengan ceritanya itu.Namun, bunyinya benar-benar ikhlas. Aku tidak sangka dia sudah lama menyimpan perasaannya terhadapku.

“Jadi, abang suka Wirna bukan sebab Wirna selamatkan mama abang lah?”

Soalku menduga.

“Yes, exactly. Bila abang tahu Wirna selamatkan mama, cinta abang sama Wirna bertambah kuat. Abang semakin yakin yang Wirna lah jodoh abang yang sebenarnya. Wirna cinta terakhir abang. Sebab tu abang mintak mama cepat-cepat pinang Wirna. Abang tak nak Wirna jatuh pada Afiq.”

“Jatuh pada Afiq?? Apa ni abang, mengarutlah!”

Gertakku.

Tidak sangka, Afiq jugak yang dia nak sebut saat ini.

“Ye lah, bukan abang tak tahu yang Afiq tu suka sangat denga Wirna. Jadi sebelum dia dapat Wirna, baik abang tangkap sayang dulu.”

Kata Dr. Zack separuh berseloroh. Aku ketawa kecil.

“Ala..abang ni dengan Afiq pun nak tercabar. Abang kan big bos. Buat apa nak takut dengan anak buah.”

“Mestilah, lelaki akan tercabar bila ada lelaki lain nak kacau orang yang dia cintai.”

Bersungguh Dr. Zack berbicara. Tak sangka romantik jugak suamiku ini. Ingatkan tak ada perasaan.

“Dah, abang pun silap. Kalau dah suka Wirna kenapa tak tackle awal-awal?”

“Macam mana nak tackle. Wirna asyik berkepit dengan Afiq je. Malaslah nak kacau daun.”

“Tengok belum apa-apa dah mengalah.”

“Bukan mengalah, tapi tu tandanya lelaki sejati.”

“Eleh..pandai lah tu!”

Aku mencubit pipinya lembut. Kami tergelak serentak. Serentak dengan itu dia mencium pipiku lembut. Cukup hangat sekali kucupannya. Aku terpana.

“I love you Wirna…”

Bisiknya lembut di telingaku.

“I love you too.”

Jawabku ringkas.

“Sayang janji dengan abang ye.”

“Janji apa?”

“Jangan tinggalkan abang. I don’t want to lose you baby.”

Aku benar-benar bahagia mendengar ayat-ayat cinta yang keluar dari bibir Dr. Zack.

“InsyaAllah.”

“Nanti kita honeymoon kat London, nak tak?”

Soalnya kepadaku.

“Haihh, jauhnya. Mana sempat. Kan cuti kita ada 5 hari je lagi.”

Aku tidak bersetuju dengan cadangan Dr. Zack.

“Bukan sekarang, nantila bulan depan kita pergi.”

“Aik, abang kata cuti Wirna dibekukan? Tahun depan kan baru dapat cuti.”

Aku memerlinya.

“Untuk Wirna, abang boleh cairkan cuti itu pakai lilin je. Don’t worry.”

Dr. Zack bergurau lagi. Aku tergelak.

“Pandai ek abang kelentong Wirna!”

Dr. Zack sekadar tersengeh mendengar kata-kataku. Jauh di sudut hatiku berasa teramat bahagia kini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience