BAB 2

Romance Completed 6966

“Wirna!”

Laungan namaku bergema. Aku menelan air liur. Aku berasa sungguh takut. Badanku seram sejuk. Kelihatan Dr. Zack merenung tajam anak mataku. Aku terdiam tidak terkata. Wajahku menunduk dan mataku memandang lantai, tidak berani untuk bertentang mata dengan Dr. Zack.

“Wirna! I’m talking to you now! Please anwer my question!”

Tengkingan itu makin membuatkan jiwaku kecut.

“I’m so sorry Dr. Zack. Saya betul-betul tak sengaja.”

Akhirnya aku bersuara dengan terketar-ketar. Dr. Zack masih merenungku tajam.

“Tolong explain dengan saya, kenapa boleh jadi macam ni? Awak tahu tak awak dah buat a big mistake!”

Marah Dr. Zack lagi sambil melempar kasar fail pesakit kepadaku. Pesakit di hadapanku memandangku dengan pandangan kasihan. Ya Allah, malunya aku.

“I will explain later Dr. Zack.”

“Explain to me now!”

Dr. Zack mula angin bila aku menjawab. Hish, tengking kuat-kuat macam ni ingat aku pekak ke?

“Sory boss, saya betul-betul tak sengaja tersalah tulis ubat tu. Lain kali saya akan lebih berhati-hati.”

Suaraku masih terketar-ketar. Aku memandang Afiq yang berada di sebelahku. Dia hanya membisu. Dia buat-buat menulis sesuatu di dalam ‘case note’. Sampai hati kau Afiq! Tak nak back up aku. Apa punya kawan la.

“You are not a safe doctor you know! Wrong written the medications for wrong patient is a very big issue. Why you always make the mistakes? Tak reti nak belajar dari kesilapan ke?”

Dah..Dr. Zack mula melemparkan aku peluru tajam.

“I’m so sorry boss.”

Cuma maaf saja yang aku boleh cakap sekarang. Aku tak tahu kenapa Dr. Zack selalu angin denganku. Asal aku buat salah je, kena bambu teruk. Aku rasa, orang lain buat silap lagi besar dari aku kot, tak ada pulak kena marah teruk macam aku.

“Wirna! Are you hear me?!”

Tengkingan itu menyebabkan jantung aku seperti mahu luruh.

“Ye bos, dengar bos.”

Jawabku takut-takut.

“Bila-bila kalau saya cakap tu, dengar! Jangan dok berangan je! Patutlah sampai sekarang tak nak improve, sebab susah sangat nak dengar nasihat orang!”

Marahnya lagi.

Angin marah Dr. Zack makin menjadi-jadi.

“I’m sorry bos, my mistake.”

Hanya itu yang aku boleh jawab saat ini. Makin aku menjawab, makin Dr. Zack menyinga.

“Petang ni saya nak jumpa kamu kat bilik saya!”

Kata Dr. Zack tegas.

Aku mula tidak senang duduk. Ya Allah Dr. Zack ni, tak puas lagi ke nak marah aku ni. Aku dah mintak maaf kan, cukup-cukup sudah la.

“Jam berapa? Kat mana?”

Aku bertanya seperti orang bodoh.

“Haii, Wirna. Are you first time meeting with me? Please don’t ask that stupid question again!”

Dah, kena marah lagi.

“Baik boss.”

Aku sekadar patuh pada arahannya. Tak kuasa aku nak kata ‘no!. Kalau aku kata begitu, sudah pasti angin Dr. Zack makin menjadi-jadi. Haish, kalau hari-hari kena marah macam ni, boleh sakit jantung aku dibuatnya. Baru sebulan aku kat wad perubatan nih tapi seksanya aku rasakan seperti setahun. Seksa sungguh! Dr. Zack seperti sengaja mahu menyeksa jiwaku. Entah kenapa dia marah sangat dengan aku.

Dari hari pertama aku menjejakkan kakiku ke sini sampai sekarang, tak pernah aku dengar dia cakap lembut dengan aku. Huh, muka handsome tapi perangai. Nauzubillah…dasyat! Patutlah sampai sekarang tak kahwin-kahwin! Semua perempuan gerun mahu mendekatinya, perangai mengalahkan harimau malaya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience