BAB 12

Romance Completed 6966

Aku tidak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni Dr. Zack berubah menjadi dingin kembali. Jadi marah-marah tak tentu pasal padaku. Dia berubah menjadi Dr. Zack yang dulu. Ternyata dia cuma baik denganku hanyalah untuk seketika. Dia seolah-olah betul-betul tidak senang hati apabila melihat wajahku di wad itu. Ada-ada saja yang tak kena. Aku pun naik hairan. Aku tak tahu apa salah aku padanya. Aku dah buat apa yang dia suruh tapi masih juga tidak memuaskan hatinya. Pelik betul la mamat ni. Senang sangat berubah angin mengalahkan perempuan yang nak period!

Hari ini aku terpaksa jua bertemu dengannya untuk meminta cuti. Aku terpaksa meminta cuti untuk perkahwinanku yang akan berlangsung pada bulan depan. Nak tak nak, aku terpaksa akur dengan permintaan ibu-bapaku yang satu itu walaupun aku tidak pernah kenal siapa lelaki yang bakal aku nikahi.

Pertunangan baru-baru ni berlangsung tanpa kehadiranku kerana aku tidak dapat cuti. Dr. Zack berkeras tidak mahu bagi aku cuti walaupun satu hari. Katanya pertunangan itu tidak penting, yang penting pesakit. Lebih-lebih lagi ketika itu, doktor tidak cukup untuk oncall. Jadi cuti aku terpaksa dibekukan. Sakit hati betul.

“Dr. Zack, boleh ke bulan depan saya nak mintak cuti?”

Soalku sebaik sahaja berada dalam bilik Dr. Zack.

“For what?!”

Soalnya kasar.

“Cuti kahwin.”

Jawabku straight to the point.

“Berapa lama?”

Soalnya lagi.

Matanya langsung tidak memandangku sebaliknya memandang surat-surat di tangannya.

“10 hari.”

“What?! Lamanya. Nak buat apa? Nak pergi honeymoon sekali?”

Soalnya sinis.

Matanya terus berkalih ke arahku. Aku menunduk. Tidak berani bertentang mata dengannya.

“Tak ada la, rumah saya jauh. Kalau naik flight terpaksa ambil 2 trip. At least satu hari suntuk baru sampai rumah.”

Jawabku jujur.

“Kalau saya kata tak boleh, awak nak buat apa?”

Soalnya menduga. Ish, main-main pulak dia.

“Entah.”

“Entah?? Sure?”

Soalnya lagi.

“Yes, sure. I just follow your order.”

Aku menjawab malas.

Aku dapat mengagak yang dia tidak akan meluluskan cutiku sekali lagi.

“Oklah, kalau macam tu saya tak luluskan cuti awak. Cuti awak dibekukan sampai tahun depan.”

Jawabnya tegas.

“What?!”

Aku terkejut. Tak kan lah. Kalau cuti aku dibekukan sampai tahun depan. Maksudnya tahun ini aku langsung tidak boleh pulang kampung. Gila betul la bos aku ni!

“Kenapa? Tak puas hati?”

Soalannya amat menguji kesabaranku yang semakin menipis ni.

“Yes, of course! Saya ada hak untuk cuti. Bos tak boleh sesuka hati keluarkan arahan tak masuk akal ni.”

Aku membantah.

“Tapi cuti kamu di tangan saya. Saya ada hak untuk menentukan cuti awak diluluskan atau tak!”

Dia bantah balik.

“Tapi tak perlulah nak dera saya macam ni! You are really unfair!”

Kataku kasar.

Ternyata aku benar-benar hilang sabar sekarang.

“Jangan cakap kasar dengan saya!”

Marah Dr. Zack.

Aku mencebik.

“Ok..I’m sorry.”

Jawabku pendek.

“Ok, if nothing to be discussed, can you please go out from my room?”

Aku menjeling tajam pada Dr. Zack. Boleh dia halau aku waktu ini. Eiii geramnya!

“Ok, thank you for your concern.”

Jawabku sinis sambil terus mengangkat punggung untuk berlalu dari bilik itu. Hatiku benar-benar panas dengan kerenah Dr. Zack yang agak menjengkelkan itu. Yang paling aku geram, mahu mintak cuti kahwin pun susah. Ni kan pulak nak mintak cuti untuk balik kampung. Dr. Zack memang lelaki yang tidak berhati perut!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience