BAB 13

Romance Completed 6966

Hatiku berdebar-debar. Perutku rasa memulas. Tubuhku seram sejuk. Tekakku terasa kering. Ya Allah, takutnya. Lagi beberapa minit upacara akad nikah akan berlangsung. Diriku sudah siap dimekap dan dipakai baju pengantin berwarna serba putih sejak tadi. Aku memerhatikan wajahku di cermin. Tampak berseri sekali. Tidak sangka wajahku nampak begitu cantik bila mekap. Aiseh..puji diri sendiri pulak.

Aku berdebar-debar untuk menghadapi bakal suamiku. Percaya atau tidak…aku tidak pernah bersua dengan bakal suamiku itu. Segala-galanya aku serahkan kepada umi dan abahku untuk menguruskannya kerana aku malas mengambil tahu. Kerana perkahwinan ini pun atas paksa rela mereka, bukan dengan kehendak aku. Kata umi aku, biarlah bercinta selepas kahwin kerana itu lebih baik. Macam orang dulu-dulu pulak aku rasa.

Nasib baiklah aku akhirnya dapat jugak cuti kahwin. Ini pun hasil bantuan Afiq yang berusaha memujuk Dr. Zack supaya memberi cuti padaku. Afiq sanggup menggantikan semua ‘oncall’ ku semasa aku bercuti. Afiq ternyata sahabatku yang terbaik. Susah mahu cari kawan baik yang sanggup berkongsi suka duka denganku seperti Afiq. Kalau harapkan aku sendiri mahu mengadap muka Dr. Zack untuk mintak cuti, confirm berjanggut pun tak kan dapat cuti tu.

“Wirna…ready sudah?”

Sapaan ibuku mematikan khayalanku.

“Entahlah Umi..”

Jawabku pendek.

“Wahh cantiknya anak umi…nampak macam dah ready sangat je ni.”

Kata ibuku sambil tersenyum.

“Tak ready lagi la…Wirna takutlah umi…”

Rengekku.

“Jangan takut sayang. Baca doa banyak-banyak, insyaAllah semuanya selamat.”

Kata ibuku sambil membetulkan tudungku yang sedikit terlondeh.

“Umi, siapa bakal suami wirna umi? Tak nampak pun.”

Soalku ingin tahu.

“Nanti Wirna tengok lah sendiri…handsome orangnya.”

“Ala umi, tak kan nak tengok gambar pun tak boleh?”

Soalku lagi.

“Masalahnya umi tak ada gambar dia…alah..kejap je lagi..nanti Wirna tengoklah sendiri. Dah..dah jom kita pergi masjid. Abah dah tunggu kat sana tu.”

Jawab ibuku.

“Wirna hairanlah umi.”

“Wirna hairan pasal apa lagi ni?”

Soal ibuku ingin tahu.
“Ye lah, biasanya bakal mak mentua akan jumpa kita dulu kan sebelum akad nikah. Ni tak ada pun bakal mak mentua Wirna datang.”

Aku meluahkan rasa hairanku.

“Owh, bakal mak mentua Wirna tak boleh datang. Dia uzur. Nantilah Wirna jumpalah mama nya. Dah, jangan fikir banyak, dah lewat ni. Jom kita pergi masjid sekarang.”

“Yelah..yelah.”

Aku merengus geram. Ternyata umiku yang satu ni sengaja mahu berteka-teki denganku. Konon-kononnya nak buat surprise la ek?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience