BAB 5

Romance Completed 6966

Aku menyelosori rak-rak yang terletaknya barang-barang dapur di supermarket itu. Hujung minggu ini aku ingat mahu memasak sesuatu untuk aku dan rakan serumahku. Maklumlah, jarang kami dapat makan bersama-sama macam ni. Ye lah, aku asyik sibuk sahaja dengan oncall semenjak aku bekerja di hospital daerah ini. Doktor tidak ramai, jadi terpaksa kami bergilir-gilir bersengkang mata untuk oncall. Terasa hidupku bagaikan tidak sebahagia seperti zaman housemanship aku dulu. Masa untuk diriku sendiri teramatlah singkat. Pulang je rumah, memang tidur sahajalah aktivitiku.

Sedang aku membelek-belek rempah ratus di rak itu, tiba-tiba aku ternampak orang ramai sedang mengerumuni sesuatu di tempat jual sayur-sayuran. Eh, ada show ke dekat situ? Aku berminat ingin mengetahui apa yang sedang berlaku. Tanpa berlengah masa, aku perlahan-lahan pergi ke arah itu.

Mataku terpaku pada sesusuk tubuh wanita yang aku rasa berusia lewat 50-an sedang terbaring kaku di situ, tidak bergerak-gerak. Orang ramai di situ semakin riuh tetapi tiada seorang pun yang mahu berbuat apa-apa kepada wanita itu. Aku dengan pantas meluru ke arah tubuh wanita tersebut.

“Mak cik, are you okay?!”

Aku menjerit kuat di telinga wanita itu. Tiada respons. Aku cepat-cepat memeriksa nadi wanita itu di leher dan mendengar nafasnya. Tiada nadi, tiada nafas.

“Boleh siapa-siapa call 999 tak?!”

Jeritku kuat kepada orang ramai di situ.

Pantas aku memulakan CPR seperti yang aku selalu lakukan kepada pesakitku dan membuat bantuan pernafasan dari mulut ke mulut berselang-seli. Ada beberapa orang cuba membantuku. Kami membuat CPR kepada wanita itu secara bergilir-gilir. Sesekali aku memeriksa nadi dan pernafasan wanita itu.

Akhirnya setelah 5 minit CPR, aku dapat merasakan nafas wanita itu dan nadinya. Nadi dan pernafasannya semakin bagus. Aku menarik nafas lega. Sebentar kemudian kedengaran siren ambulans tidak jauh dari situ. Beberapa minit kemudian, kelihatan mata wanita itu bergerak-gerak.

“Mak cik, bukak mata!”

Jeritku kuat.

Wanita itu perlahan-lahan membuka mata. Wajahnya nampak lesu. Mulutnya bergerak-bergerak mahu mengatakan sesuatu tetapi tidak kedengaran. Dia mengenggam erat tanganku.Tangannya cukup sejuk tapi nadinya masih terasa. Tanpa membuang masa aku terus membantu mengangkatnya ke atas troli dan menyorongkannya ke arah ambulans yang diparkir di luar supermarket itu.

Aku berasa cukup lega kerana dengan izin Allah, aku berjaya menyelamatkan nyawa seorang manusia lagi. Alhamdulillah Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience