BAB 6

Romance Completed 6966

Pagi ini aku berjaya datang awal ke tempat kerja. Nasib baik sekarang cuti sekolah, jadi jalan tidak lah seberapa jam. Jadi, aku tidak perlu lagi melintasi kesesakan lalu lintas yang tak pernah surut.

Pesakit pertama yang aku review hari ini adalah pesakit di bilik kelas pertama. Hairan jugak aku, setakat ni jarang ada pesakit dari kawasan terpencil begini yang meminta untuk diletakkan di bilik kelas pertama. Sedikit terasing dari pesakit lain.

“Assalamualaikum mak cik.”

Tegurku pada pesakit wanita yang sedang tidur itu. Tubuhnya dipalingkan bertentangan dengan aku.

“Waalaikumussalam.”

Jawab wanita itu sambil memusingkan badannya menghadapku. Aku mengerutkan kening. Macam kenal la mak cik ni, tapi di mana ya aku jumpa dia?

“Doktor ke ni?”

Wanita itu menyapaku.

“Iya..mak cik..saya doktor mak cik.”

Jawabku ringkas sambil tersenyum. Aku membelek-belek fail pesakit wanita itu. Aku memerhatikan data dan sejarah penyakitnya. Diagnosisnya ‘Acute Coronory Syndrome’. Owh…sakit jantung rupanya. Memang aku tidak pernah kenal mak cik ni tapi kenapa aku rasa macam pernah jumpa ye?

“Doktor masih ingat mak cik?”

Soal wanita itu.

Aku semakin keliru.

“Maaf mak cik, saya pernah jumpa mak cik ke? Kat mana ye?”

Soalku ingin tahu. Dia tersenyum manis kepadaku.

“Lah, doktor tak ingat ke? Kan doktor yang selamatkan mak cik kat supermarket hari tu?”

Jawab wanita itu lembut.

Aku cuba mengorek segala ingatanku yang ada. Heh, tak kan mak cik yang aku buat CPR hari tu? Nampak lain benar mukanya. Nampak lebih berseri. Tak sangka pula wanita itu ditahan di wad aku.

“Owhhh mak cik…tak cam lah saya. Cantik pulak mak cik sekarang ye.”

Kataku.

Wanita itu tergelak kecil.

“Ish..cantik apanya..dah tua-tua macam ni. Orang sakit lagi…mana ada cantik.”
Kata wanita itu.

“Tapi sekarang mak cik dah sihat kan? Masih ada sakit dada dan susah nafas lagi?”

Soalku.

“Tak ada sudah doctor, alhamdulillah mak cik dah rasa ok sikit.”

Jawab wanita itu ceria.

“Baguslah tu mak cik…ubat jangan lupa makan ye.”

“Baiklah doctor. Terima kasih banyak ye sebab selamatkan mak cik hari tu, kalau tak ada doktor tak tahulah mak cik boleh hidup lagi ke tak…”

Tanganku yang sedang menulis terhenti seketika mendengar kata-kata wanita itu.

“Mak cik..jangan cakap macam tu. Saya dapat selamatkan mak cik pun dengan izin Allah, dah tersurat mak cik masih panjang umur. InsyaAllah mak cik, mak cik akan cepat sembuh.”

Kataku lembut.

Mak cik itu semakin tersenyum lebar mendengar kata-kataku.

“Bestnya kalau mak cik dapat menantu macam doktor kan.. Dah la cantic, baik pulak tu..”

Aku rasa mahu tergelak mendengar pujian wanita itu yang lebih-lebih.

“Hish mak cik ni, saya biasa je la mak cik. Tak ada yang lebih pun.”

“Jarang tau mahu cari orang macam doktor ni.”

Kata wanita itu lagi membuatkan aku tersipu malu.

“Ish tak adalah mak cik. Ramai lagi orang lagi baik dari saya kat luar sana.”

Jawabku menutup rasa malu yang teramat apabila dipuji begitu. Langsung tak kena dengan yang realiti.

“Doktor tak kenal dengan anak mak cik? Dia pun kerja kat sini jugak.”

Soal wanita itu.

“Anak mak cik yang mana satu?”

Soalku ingin tahu.

“Doktor kenal dengan doktor Zakri?”

Aku mengerutkan keningku. Dr.Zakri? Siapa pulak tu? Setahu aku tak ada nama macam tu di hospital ni. Aku mengerah otak memikirkannya namun langsung tiada bayangan rupa lelaki yang mempunyai nama itu. Mungkin aku terlepas pandang kot.

“Dr.Zakri yang mana satu tu mak cik? Siapa tu mak cik?”

“Owh dia anak mak cik, dah 4 tahun dia kerja kat sini. Tak kan doktor tak kenal?”

Mak cik itu pula kelihatan hairan melihat aku hairan. Aku lagilah hairan.

“Sumpah mak cik, saya betul-betul tak kenal dengan anak mak cik.”

Jawabku jujur.

“Haii, tak kan lah bos sendiri pun tak kenal.”

Aku tersentak apabila mendengar ada suara garau menegur dari belakang. Aku berpaling ke arah itu. Lelaki itu memandangku tajam tanpa secalit senyuman terukir di bibirnya. Bila masa dia muncul di situ pun aku tak tahu.

“Dr. Zack!!”

Aku sedikit menjerit. Anak mak cik itu Dr. Zack ke? Biar betul!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience