BAB 3

Romance Completed 6966

Aku merapati bilik Dr. Zack perlahan-lahan. Jiwaku kacau lagi. Aduhh, apa lagi dia nak bersoal jawab dengan aku ni? Aku rasa masuk kali ni, dah empat kali Dr. Zack mahu berjumpa dengan aku. Teruk sangat ke cara aku kerja? Sebelum ni semasa aku buat ‘housemanship’ di Hospital Tengku Ampuan Afzan tak ada masalah apa-apa pun. Siap dapat anugerah buku log paling cemerlang lagi di situ. Tapi kali ini, bila masuk je ke hospital daerah hari-hari kena marah macamlah aku tak tahu nak buat kerja sangat. Hairan aku.

Tengah aku melalut di dalam hati, akhirnya aku sampai juga di pintu bilik Dr. Zack. Aku memberanikan diri mengetuk pintu biliknya.

“Assalamualaikum.”

Aku memberi salam sambil mengetuk pintu biliknya. Senyap. Tidak berjawab.

“Assalamualaikum.”

Aku memberi salam lagi. Aku mengetuk pintunya bertalu-talu. Hish Dr. Zack ni, kata nak jumpa aku jam 2 petang tapi tak ada pun dia.

Aku mengetuk lagi seraya memberi salam. Senyap. Masih tiada sahutan dari dalam. Aku mula merengus geram. Dr. Zack ni ada ke tak ada ni? Biasanya dia tak pernah tiada dibiliknya ketika aku mahu bertemu dengannya.

Aku tidak berpuas hati. Aku mesti tunggu juga. Kalau tak nanti tak pasal-pasal dia akan mengamuk lagi. Tanpa berfikir panjang, aku mengetuk lagi kuat-kuat. Dan kali ini, tiba-tiba pintu biliknya dibuka kasar. Tanganku berhenti mengetuk. Maka, tersembul lah wajah bengis Dr. Zack di situ.

“Heh kamu ni tak reti nak sabar ke? Ketuk pintu kuat-kuat macam lah saya tak dengar!”

Dr. Zack terus menengkingku. Aku terlopong. Amboi, bukan nak jawab salam, marah-marah aku pulak.

“Maaf bos, saya ingat bos tak ada dalam bilik tadi.”

Aku tersenyum kelat. Kelihatan wajah bengis itu semakin menyinga.

“Awak tak dengar ke saya tengah cakap dalam telefon ni! You are very rude you know!”

Tengkingnya lagi.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Macam la telinga aku ni satelit yang boleh menembusi pintu biliknya yang setebal 3 inci tu.

“Maafkan saya bos.”

Maaf. Itu saja yang boleh aku ucap sekarang. Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Hurmm..dah, masuk!”

Suaranya sedikit mengendur. Aku hanya menuruti arahannya.

“Ada apa bos nak jumpa saya?”

Soalku sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi di hadapannya.

“Awak rasa sebab apa?”

Dia menyoalku balik. Aku termangu. Hai, nak berteka-teki ke apa ni.

“Saya tak tahu sebab kalau bos tak beritahu sebabnya…”

Aku menjawab.

“Don’t play with me Wirna!”

Dr. Zack marah lagi.

“Ok, I’m so sorry bos. Honestly, what are you going to discuss with me about..”
Jawabku jujur.

Panahan mata Dr. Zack cukup menggerunkan. Aku tidak berani bertentang mata dengannya.

“Ok, straight to the point. Kenapa lately awak kerap sangat datang lewat ah? Kerja awak pun lambat siap dan tak berapa betul. Awak ingat hospital ni bapak awak yang punya ke sesuka hati je nak datang jam berapa?”

Dr. Zack mula melemparkan paku buah keras kepadaku. Aku terdiam. Matila aku, macam mana dia boleh tahu aku selalu datang lambat.

“Wirna, why you always keep quiet? Answer my question please!”

Dr. Zack mula membengis apabila melihat aku berdiam diri.

“I’m so sorry bos.”

“Saya panggil awak datang sini, bukan nak dengar awak minta maaf. I want your explaination!”

Soalnya kasar.

Aku tidak tahu mahu menerangkan macam mana. Tak kan aku nak cakap-cakap hari-hari aku terbangun lambat kot.

“Wirna, I’m talking to you! Please answer my question!”

Aku tersentak.

Hish, Dr. Zack ni, kalau tak cakap elok-elok dalam satu hari memang tak sah!

“Saya..saya..saya…”

Hish, kenapa tergagap pulak ni.

“Saya apa?!”

“Kereta saya rosak!”

Entah macam mana boleh terkeluar jawapan macam tu apabila Dr. Zack menyergahku. Kedengaran dia ketawa sinis.

“Owh, kereta rosak ye. Berapa banyak kereta awak ada ye? Hari-hari saya tanya awak cakap kereta awak rosak tapi saya tengok elok je kereta awak.”

Dr. Zack mula menyindirku.

Aku tersenyum kelat.

“Err..itu kereta abang saya bos. Kereta saya dekat workshop sekarang.”

Aku cuba menipu.

“Wirna, I’m really impress on you.”

“Impress? Pasal apa?”

Aku tidak mengerti kata-kata Dr. Zack.

“Yeah, I’m so impress cause you are still lying even you know I’m not that stupid to trust you.”

Kata-kata pedas Dr. Zack membuatkan telingaku berasa panas. Darah mula menyerbu ke muka ku.

“Awak jangan cari banyak alasan nak cover diri awak, yang saya nak sekarang, awak beritahu saya kenapa awak selalu lambat!”

Kata Dr. Zack masih tidak berpuas hati denganku.

“I’m sory bos. Lately I’m so tired. Hari-hari kena balik tengah-tengah malam, lepas tu EOD (selang satu hari) oncall. Nak bangun awal pun tak boleh.”

Aku terpaksa menjawab jujur. Aku gerun melihat wajah Dr. Zack yang semakin bengis, macam nak makan orang pun ada.

“No excuse ok!”

Dia memarahiku lagi.

E’eh, aku berterus terang dia tak nak percaya pulak.

“Betul bos, saya tak tipu.”

“Kamu ni Wirna, anytime I ask you about the reason you give me a stupid excuse. What the hell? Awak sedar tak yang awak tu doktor, bukan kerani! You must be more discipline!”

Aku termangu mendengar kata-kata Dr. Zack. Teruk sangat ke disiplin aku ni?

“I don’t want my staff show the bad attitudes to other staff. Awak sekarang kat ‘district’ hospital, bukan lagi ‘main’ hospital. Bila awak kat sini, semua arang akan bergantung pada awak. Semua pesakit mengharapkan awak untuk merawat mereka dengan sempurna. Mereka semua orang kampung yang sangat percayakan doktor kat hospital ni. Kalau awak buat kerja sambil lewa macam ni, nanti pesakit yang susah. I don’t care you are so damn tired or have no time for yourself but I want all my patient satisfied with our treatment. I want all my staff to have a good attitude, so as you all can convince our patient to receive our treatment.”

Dr. Zack dah mula berceramah dengan panjang lebar. Aku mengangguk-angguk seperti burung belatuk.

“Tapi bos, kalau doktor sendiri pun penat, macam mana kita nak merawat pesakit dengan baik?”

Entah kenapa aku rasa macam nak bantah je kata-katanya.

“Haii, saya rasa, saya dulu kerja lagi teruk dari awak. Hari-hari saya oncall seorang diri. Tapi saya still boleh bagi the best service to my patients! Tapi kalau doktor tu macam awak, memang lah treatment awak tak effective!”

Sinis kata-kata Dr. Zack. Hatiku mula mendidih. Sesuka hati dia je kutuk aku. Setakat jadi bos kat bahagian perubatan pun nak berlagak. Baik tak payah.

“Tapi, itu dulu bos sekarang ni lain. Kerajaan kan dah ambil banyak doktor untuk mengurangkan beban kerja yang kami tanggung supaya pesakit dapat terima rawatan yang secukupnya. Sepatutnya beban tugas kami semakin ringan bukannya sama macam dulu.”

Aku masih tidak berpuas hati. Kedengaran Dr. Zack mendengus geram.

“Pandai kamu menjawab ye sekarang! Saya dah kerja kat sini dekat 4 tahun, I’ve more experience than you. Tak payah nak mengajar saya!”

Wajah Dr. Zack yang putih bersih itu mula memerah. Aku semakin berani. Sedikitpun aku tidak berasa takut sekarang.

“Yela, Dr. Zack yang banyak experience sepatutnya kena mengajar kami yang kurang experience ni, bukan marah-marah macam ni.”

Aku merengus.

Aku tak tahu dari mana aku dapat kekuatan untuk menjawab begitu.

“Hei Wirna! Do you know who are you talking with right now?”

Amarah Dr. Zack semakin menggila.

“Yes, I’m talking to my big bos.”

Jawabku selamba.

“Wirna! You are very rude you know!”

“Ok..I’m so sorry.”

“I will do incident reporting for you!”

Marahnya lagi.

Aku terdiam tidak terkata. Hish, ini dah lebih ni. Sampai nak buat report pasal aku. Salah ke apa aku cakap? Biadap sangat ke bahasa aku itu? Aku rasa dia lagi biadap dan berlagak kot! Macam lah dia tu bagus sangat. Setakat pangkatnya tinggi sikit dari aku, dah nak berlagak baik tak payah la. Setinggi mana pangkat tapi kalau mulut tu laser dan perangai tu tak cantik, orang tak kan respect punya. Eii…menyampahnya aku dengan mamat ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience