BAB 1

Romance Completed 6966

Aku terkocoh-kocoh berlari untuk ke wad Delima yang terletak di tingkat 3 bangunan baru hospital. Habislah aku kali ini. Jam sudah menunjukkan jam 7.05 am. Mana sempat aku nak ‘review’ pesakitku yang ada dekat sepuluh orang dalam masa setengah jam kalau macam ni. Alamatnya mengamuk lagi lah bos aku yang kerek tu. Hatiku mula rasa tidak senang.

“Hai Wirna. ‘Awal’ kau sampai hari ni? Tayar kereta pancit lagi ke?”

Tegur Afiq sebaik sahaja nampak kelibatku di wad itu.

“Macam mana jugak. Jalan dekat rumah aku asyik jam je. Aku turun awal pun sampai lambat jugak. Benci aku!”

Kataku separuh geram sambil meletakkan beg galasku di rak beg berdekatan dengan kaunter pertanyaan.

“Jalan kat rumah kau yang jam ke atau kau yang turun dari rumah lambat?”

Afiq masih lagi memerliku. Hatiku panas.

“Haii Afiq, yang kau sibuk-sibuk nak perli aku ni apasal? Suka hati aku la nak datang jam berapa pun!”

Aku merengus geram. Afiq sekadar tersengeh.

“Tak ada la. I’m just worry about you.”

Kata Afiq lagi.

“Nak risau apanya, kau bukan kena cover buat kerja aku pun!”

“Tak ada la, kan kalau kau tak sempat nak siapkan review kau, nanti abang kesayangan kau tu mengamuk lagi. Aku tak nak lah macam tu lagi.”

Aku termenung sejenak mendengar kata-kata Afiq.

“Arghh. Lantak dia la nak mengamuk. Nak buat macam mana dah aku terlewat, bukan aku sengaja pun.”

Jawabku selamba.

“Tak apa-apa..Don’t worry much Dr.Wirna, nanti abang Afiq tolong settlekan yer.”

Afiq cuba berseloroh. Aku mencebik.

“Owh tak apala Dr.Afiq, terima kasih je lah. Buat susah-susah aje.”

Balasku.

“Amboihh jual mahal Nampak. Jangan jual mahal cik adik oii. Nanti kau jugak yang susah.”

Afiq masih mahu menyakatku.

“What ever!”

Rengusku.

Aku menjelingnya sekilas kemudian berlalu dari situ. Malas aku mahu mempedulikannya. Makin dilayan makin aku sakit hati. Tanganku pantas mencapai fail-fail pesakit yang bertimbun di hadapanku dan membawanya ke katil pesakit. Sebolehnya aku mahu cepat-cepat siapkan review pesakit setakat yang termampu. Namun, jauh di sudut hatiku teramatlah takut akan dimarahi lagi oleh Dr. Zack, bosku yang terkenal dengan kegarangannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience