BAB 9

Romance Completed 6966

Akhirnya ibu kepada Dr. Zack akhirnya berjaya ‘discharge’ dengan selamat. Dia kembali kepada kehidupan biasa cuma tenaganya masih lagi lemah untuk berjalan jauh. Ternyata Dr. Zack amat gembira dengan kesihatan ibunya yang semakin pulih. Rupa-rupanya Dr. Zack merupakan anak sulung kepada 5 beradik.

Hanya ibunya yang ada sekarang. Bapanya sudah lama meninggal dunia. Jadi, Dr. Zack lah yang menjadi ketua keluarga dan bapa kepada adik-adiknya yang masih bersekolah kini. Dalam diam, aku mengkagumi sikap bertanggungjawab yang ada pada dirinya.

Hari ini, aku mengajak Afiq untuk ke kenduri doa selamat di rumah Dr. Zack sebagai mensyukuri kesihatan ibunya yang semakin pulih. Ramai sanak saudara dan rakan taulan yang mengerumuni rumah Dr. Zack ketika ini. Suasana kelihatan cukup meriah dengan beberapa khemah yang dipasang khas di luar rumah seperti kenduri kahwin pulak aku tengok.

“Sudah lama sampai?”

Tegur ibu Dr. Zack apabila melihat kelibatku di situ. Afiq sudah hilang ke bahagian makan untuk lelaki.

“Baru je mak cik.”

Jawabku lembut.

“Sudah makan ke ni?”

Soalnya lagi.

“Belum lagi, nantilah dulu.”

“Ehh, jemputla makan dulu. Makan sama-sama dengan mak cik. Mak cik pun baru mahu makan ni.”

“Boleh jugak tu.”

Kataku sambil mengekori ibu Dr. Zack ke tempat makan perempuan.

“Tak kerja ke hari ni?”

Soal Ibu Dr. Zack.

“Hari ni off mak cik. Esok baru kerja balik.”

Jawabku ringkas.

“Macam mana kerja dengan Zakri, ok?”

Aku tersenyum mendengar soalan ibu Dr. Zack.

“Ok lah mak cik, macam biasa. Dr. Zack memang bagus mak cik. Selalu tolong saya.”

Jawabku.

Aku buat-buat puji anak dia sekadar nak sedapkan hati orang tua walaupun pada hakikatnya memang indah khabar dari rupa.

“Baguslah macam tu, mak cik cuma risau. Takut-takut dia masih suka marah-marah dengan perempuan.”

Kedengaran ibu Dr. Zack menarik nafas lega. Erk? Jadi ibunya tahulah perangai anaknya sebelum ini.

“Apa maksud mak cik?”

Soalku ingin tahu

“Tak ada lah, semenjak dia putus tunang dulu, dia jadi betul-betul marah dengan semua perempuan kecuali dengan adik-beradiknya dan mak cik. Dengan saudara-mara perempuan pun dia benci.”

“Macam mana boleh jadi macam tu mak cik?”

Soalku lagi.

Telingaku bergerak-gerak untuk mendengar cerita selanjutnya.

“Entah..Zakri sebenarnya dah berkawan lama dah dengan bekas tunangnya tu. Tak silap mak cik dekat 7 tahun jugak diorang bercinta. Lepastu 2 tahun diorang tunang. Last-last tak tahu macam mana, tiba-tiba dengar-dengar berita, bekas tunangnya kena tangkap khalwat. Terus si Zakri tu putuskan pertunangan tu. Sejak hari itu, dia memang anti dengan perempuan. Baginya semua perempuan tu sama. Dia betul-betul tak percayakan orang perempuan. Sebab tu sampai sekarang dia membujang. Mak cik pun tak tahulah nak buat macam mana lagi.”

Aku terangguk-angguk mendengar cerita ibu Dr. Zack yang panjang lebar tu. Macam tu rupanya. Patutla sebelum ni asal dengan aku je, tiba-tiba angin satu badan. Padahal dengan Afiq dan rakan-rakan lelakiku yang lain tak ada pulak macam tu. Dah la aku seorang sahaja doktor perempuan kat situ. Memang nasib badanlah.

“Dr.Wirna.”

Panggil Ibu Dr. Zack lembut. Lamunanku mati dengan serta-merta.

“Mak cik nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Dr.Wirna.”

Sayu wanita itu berkata. Aku kehairanan.

“Terima kasih untuk apa mak cik?”

“Sebab dah berjaya ubah pandangan Zakri pada perempuan.”

“Maksud mak cik?”

Aku semakin keliru dengan kata-kata ibu Dr. Zack itu.

“Sejak dia tahu Dr.Wirna yang selamatkan mak cik hari tu, perangainya sikit-sikit berubah. Dia mula banyak cerita pasal Dr.Wirna kat mak cik. Sebelum ini tak pernah dia cerita pasal mana-mana perempuan sejak putus tunang. Nilah satu perubahan yang mak cik tunggu-tunggu.”

Aku sedikit terkejut dengan kata-kata ibu Dr. Zack. Betul ke ni? Aku seperti tidak percaya.

“Naluri mak cik cakap, yang Zakri dah mula jatuh sayang dengan Dr.Wirna. Mak cik pun berkenan sangat kalau Dr.Wirna jadi menantu sulung mak cik.”

Aku terlopong mendengar permintaan ibu Dr. Zack. Sungguh tak masuk akal! Dr. Zack tak pernah pun cakap apa-apa sama aku, dating pun tak pernah. Tak kan dalam seminggu perubahannya cukup drastik. Seperti perangainya berubah 360 darjah. Pelik tapi benar.

Baru aku sedar yang Dr. Zack sedang memerhatikan aku yang sedang berborak dengan ibunya dari jarak jauh. Mata kami bertentangan buat seketika. Dia melemparkan senyuman manis ke arahku. Aku cepat-cepat melarikan anak mataku dari bertembung dengannya. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang, jiwa wanitaku berkocak hebat. Perasaan apakah ini? Aku sendiripun tidak pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience