BAB 7

Romance Completed 6966

Aku menuruni anak tangga laju untuk ke pejabat am sekejap untuk menguruskan ‘oncall claim’ aku. Hari ini adalah hari terakhir untuk menghantar ‘claim’ yang bulan lepas. Kalau terlambat hantar, alamatnya rugilah aku. Penat-penat kerja tetapi habuk pun tarak dapat. Hospital ini agak tegas sikit soal ‘claim’ ni.

Ketika aku mahu melepasi anak tangga terakhir tiba-tiba kaki aku tersadung sesuatu di situ membuatkan tubuhku hilang keseimbangan dan akhirnya jatuh ke hadapan. Namun, belum sempat aku rebah sepenuhnya menyembah bumi, tiba-tiba aku rasa tubuhku dirangkul erat oleh satu lembaga yang aku tidak tahu muncul dari arah mana.

“Are you okay?”

Soal lembaga itu kepadaku yang sedang pening-pening lalat itu. Aku mengamati wajah lelaki itu.

“Dr. Zack?!”

Dia lagi. Kerana terkejut, dengan spontan aku menolak kasar tubuhnya yang sedang merangkul pingganku. Tubuhnya sedikit tertolak ke belakang.

“Sorry.”

Kataku apabila menyedari Dr. Zack seperti marah apabila aku menolaknya tadi.

“It’s okay.”

Katanya lembut. Aku memandangnya pelik. Apasal aku dengar suara Dr. Zack tiba-tiba lembut semacam. Hatiku berasa tidak keruan. Apa lagi apabila melihat pandanganya yang biasa tajam seperti mahu telan orang kini berubah menjadi begitu redup dan memukau. Ish, apa aku mengarut ni.

“Dr.Wirna.”

Sapanya lembut. Dia mendekatiku perlahan-lahan. Aku melangkah beberapa langkah ke belakang. Aku semakin tidak keruan. Benar-benar tidak selesa dengan perubahan mendadak Dr. Zack.

“Thank you very much.”

Katanya lagi. Sungguh lembut. Aku terkesima.

“Thanks for what bos?”

Aku memberanikan diri bertanya.

“Thanks sebab selamatkan mama saya. Saya betul-betul terhutang budi dengan awak.”

Aku menelan air liur. Benarkah apa yang aku dengar? Inilah pertama kali aku dengar perkataan terima kasih dari bibir Dr. Zack.

“Thank you very much Dr.Wirna, kalau tak ada awak, saya tak tahu lah apa jadi dengan mama saya. Saya sayang dia sangat-sangat.”

Sambungnya lagi dengan suara yang cukup romantis di telingaku.

“I’m sorry Dr. Zack. I’m not saving your mum but Allah who’s The One save your mum.”

Jawabku ringkas.

Dia tersenyum mendengar jawapanku. Alamak. Aku bermimpi ke ni? Buat pertama kali jugak aku tengok Dr. Zack senyum.

“Anyway saya nak ucapkan thanks jugak, mama saya betul-betul terhutang budi dengan awak.”

Katanya lembut.

“You are welcome. Mama bos dah nak discharge kan?”

“Yeah..I want to keep her on eye in ward for a few days more but I’m sure she going to be okay.”

Jawabnya dengan nada sedikit ceria. Ternyata Dr. Zack amat menyayangi ibunya.

“Baguslah macam tu.”

“Owh ya, nanti lepas mama saya pulang. Jemputlah datang ke rumah saya. Ada nak buat kenduri doa selamat sikit.”

Aku tersentak dengan permintaannya.

“Bila?”

“May be next week. You are our special guest, so I hope you will come.”

Aku termangu mendengar kata-kata Dr. Zack. Lain benar perangainya sekarang. Tidak marah-marah seperti selalu.

“InsyaAllah.”

Jawabku ringkas.

‘You are my special guest…’

Kata-kata itu terngiang-ngiang dalam kepalaku. Benarkah? Tak kan kerana aku selamatkan mama Dr. Zack, dia berubah mendadak seperti ini. Aku betul-betul tak faham!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience