BAB 10

Romance Completed 6966

Aku berjalan mundar-mandir di dalam bilikku. Fikiranku kusut. Berita yang baru aku terima sebentar tadi cukup membuatkan duniaku bergegar. Tidakku sangka ibu bapaku akan membuat keputusan yang terburu-buru seperti itu. Aku dilayan seperti anak kecil. Aku betul-betul tidak berpuas hati.

“Umi dan Abah dah terima pinangan tu.”

Kata-kata ibuku di talian telefon sebentar membuatkan jiwaku tiba-tiba sesak.

“Umi, kenapa umi tak bincang dengan Wirna dulu? Kahwin ni bukan boleh dibuat main-main.”

Kataku tidak puas hati.

“Wirna, dengar cakap umi. Wirna bukan muda lagi. Kira baguslah ada orang nak pinang anak umi ni. Lagipun keluarga pihak lelaki tu dari keturunan baik.”

Ibuku bertegas.

“Umi, Wirna tak kenal pun dengan lelaki tu. Macam mana Wirna nak kahwin dengan lelaki yang Wirna tak cinta.”

Rungutku.

Terasa mahu saja aku pulang segera ke kampungku untuk berdepan dengan ibuku, mahu membincangkan hal ini secara berdepan.

“Tak kenal maka tak cinta sayang. Umi yakin pilihan abah tepat. Lelaki tu pun memang suruh ibu dia carikan jodoh untuk dia. Kira anak yang baik la tu.”

Pujuk ibuku lembut. Aku semakin tidak senang duduk. Sungguh tidak masuk akal!

“Umi, Wirna tak setuju la umi. Tolonglah jangan paksa Wirna macam ni.”

“Wirna, janganla nak malukan umi dan abah. Kami dah setuju dah. Tarikh pertunangan tu pun dah ditetapkan.”

“Tapi Wirna belum bersedia…”

“Haii anak umi ni. Tak tahulah bila nak bersedia. Umur dah nak 26 tahun, masih tak nak kahwin-kahwin lagi.”

Marah ibuku.

“Apa ni umi..Wirna muda lagi la. Wirna baru je naik jadi MO (Medical Officer). Bagilah peluang Wirna selesa dengan kerja Wirna dulu.”

Rayuku lagi.

“Wirna, umi tak nak dengar apa-apa alasan lagi. Keputusan ini adalah muktamad!”

Tegas ibuku lantas meletakkan ganggang telefon. Aku terkedu. Ya Allah, dugaan apa lagi ni. Tak ada angin tak ada ribut...tup-tup kena paksa kahwin. Tolonglah, aku betul-betul belum bersedia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience