Bab 8

Romance Series 3736

" Kenapa awak nak ajak saya keluar ? "
" Sebab saya rindukan awak , saya nak bersama dengan awak , saya nak awak tengok muka saya tapi awak tak mampu buat . "
" Walaupun saya buta tapi saya dapat rasakan dan saya tahu yang air mata awak mengalir . Arif tolong Arif , jangan sedih-sedih . Dah ini takdir saya , saya pun rindu awak sangat-sangat tau "
Sara terus meraba-raba Arif dan dia mencapai tangan Arif . Dia genggam erat tangan Arif , terkejut Arif dibuatnya kerana Sara tidak pernah melakukan perkara itu sebelum ini .

Ketika itu Safa merasa sedih sangat melihat abangnya dan Sara kerana Sara tidak dapat melihat wajah orang yang dia sayang lagi dan abangnya setiap malam menangis kerana tidak mampu buat Sara melihat kembali . ' Ya allah , kau berilah kebahagiaan kepada mereka berdua , kau satukan lah mereka berdua ! ' doa Safa dalam hati .

" Abang , Sara . Sorry lambat sikit eh , Safa buang air besar tadi . Erm , jom la kita beli baju sikit . Sara , awak jangan risau tau saya akan carikan baju yang cantik-cantik untuk awak . Lepastu kita pegu makan , oky ? "
" Saya oky je kalau awak berdua nak ajak saya jalan-jalan "
Mereka berdua mula mengatur langkah menuju tempat yang ingin dipegi oleh mereka . Pada hari itu , mereka bertiga sangat gembira walaupun Sara sekarang ade kekurangan tapi tak penah mereka mempertikaikan walaupun sedikit .

......

" Sara , macam mana harini oky tak ? Seronok tak sayang ? "
" Seronok mama , gembira harini . Macam-macam Safa beli baju untuk Sara . "
" Sara , keluar jom . Aunty Zara sekeluarga nak tengok Sara ! "
" Oky jom "
" Hi Sara , Sara sihat ? "
" Alhamdulilah sihat aunty , aunty pulak macam mana ? "
" Aunty sihat je , aunty datang bukan suka-suka je tau . Aunty datang ni sebab aunty ade berita gembira untuk Sara . "
" Berita gembira ape aunty ? "
" Alhamdulilah setelah 3 bulan aunty cari penderma untuk Sara , aunty dah dapat dah pendermanya . Sekarang doktor dah tetapkan tarikh pembedahan yang sesuai . "
" Ya Allah , alhamdulilah . Akhirnya ma , Allah dah dengar doa kita dan dah tunaikan . Aunty , terima kasih sangat-sangat ye . Sara tak tahu nak cakap apa lagi . Sara bersyukur sangat-sangat . " Terus Sara melutut pada Puan Zara dan perlakuan Sara itu sangat mengejutkan semua orang yang berada di situ terutama sekali pada Arif Daniel .
" Sama-sama Sara tapi jangan la melutut kat aunty macam ni , rezeki allah bagi Sara . "
" Sara bersyukur sangat sebab allah temukan Sara dengan orang yang baik macam family aunty . "
" Alhamdulilah Sara , aunty pun bersyukur jugak sebab dapat jumpa seorang perempuan yang kuat dan tabah menhadap dugaan sebesar ni , Sara la seorang wanita yang aunty doakan selama ni . "

Terharu Sara dibuatnya dan saat itu mata Arif mula berair kerana kagum dengan Sara dan tidak menyangka perlakuan Sara sebentar tadi . Ye Sara Afiqah seorang wanita yang sangat kuat , dia yang lemah kerana tidak sanggup melihat keadaan Sara seperti ini lagi .

Ketika itu jugak Safa melihat mata abangnya yang mengalir air dan dia berdoa agar selepas pembedahan itu mereka berdua akan bahagia seperti dulu dan agar Sara dapat kembali ke sekolah . Ramai yang bertanya tentangnya !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience