Bab 28

Romance Series 3736

Dua minggu sudah Sara Afiqah keluar dari hospital . Selepas dia keluar dari hospital , Iman , Mira , Nadia dan Dina tidak membenarkan Sara keluar dari rumah tanpa izin mereka dan tidak membenarkan Sara pergi ke cafe seperti biasa .

Pagi isnin ni tiada ape yang nak dibuat , hanya menonton televisyen . Sara menonton televisyen sambil menulis novelnya , tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi tanda ade panggilan masuk dan Sara mengangkat .

" Assalammualaikum ma . "
" Waalaikummusalam Sara , ape khabar ? Dah sihat ke ? "
" Alhamdulilah ma , Sara dah semakin sihat tapi tu lah kawan Sara tu ha tak kasik Sara keluar rumah . "
" Ouh , baguslah macam tu . Sekurang-kurang ade orang halang Sara keluar rumah , ni mama nak cakap sikit dengan Sara ni . Harap saya jawab dengan jujur . "
" Macam serious je bunyi tu hahaha . Okay , cakap jelah ma . "
" Sabtu lepas , ade orang masuk meminang Sara . "
" Ouh....ermm....abistu mama terima lah dia ? "
" Ape pulak mama terima , keputusan dan jawapan tu semua ade kat Sara . "
" Erm....jujur Sara kata Sara tak nak terima tapi disebabkan umur Sara dah semakin meningkat , Sara kena terima . So mama call orang tu , sampaikan jawapan Sara pastu cakap kat orang tu tak payah tunanglah kahwin je terus . "
" Aikkk....gelojohnya anak mama ni , takpelah kalau tu keputusan Sara . Mama ikut je . "
" Erm ,okay ma . And lagi satu mama uruskan semua tu tau . Sara tak nak jumpa orang tu , lagipun Sara kena masuk office next week . So Sara busy lah ma . "
" Ishhh....budak ni , dia yang nak kahwin . Ha okaylah , mama buat demi Sara . "
" Hehehe , terima kasih queen . "
" Sama-sama princess , okaylah mama nak masak ni . "
" Okay ma , bye ! " terus Sara menutup telefonnya . Ye , itu keputusannya . Mutamad !

........

" Sara bangun nak , ish budak ni . Matahari dah tegak atas kepala tu , nanti esok lusa dah kahwin macam mana ha ? " kejut mamanya.
" Ape mama ni , alah lek ah ma . Sara penat tau ma . "
" Memang tu . " sampuk kakak sulongnya .
" Apelah , orang bangun awal pun bukan buat ape pun . "
" Eh dia cakap takde buat pe yang , kita nak pergi try baju untuk Sara , cari cincin , kasut , tudung , hantar , bunga telur tu semua . Ha banyak benda nak buat ni Sara . Tarikh nikah lagi sebulan je , pastu 2 minggu dari tu majlis sanding . Sebulan lagi majlis sanding belah lelaki pulak . "
" Tah kau , aku dah lah tak sabar ni . "
" Ish , yelah wahai wanita . Ni ha nak pergi mandilah ni , tak payah bebel lah . "
" Ish budak ni , nasib anak aku kalau tak dah lama dah ken siku . " jawab Puan Leha dan gelak dengan anak sulongnya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience