Bab 18

Romance Series 3736

Sudah tiga minggu Arif meninggalkan tanah airnya dan Sara sedih , menangis , meraung dan hampir cuba bunuh diri tapi mujur dia masih ade iman dalam dirinya .

" Sara , kau tak pernah macam ni . Kenapa kali ni kau sedih sangat sampai kau hampir bunuh diri ? Kau dah hilang iman kau dalam diri kau ke ? Mana ilmu islam kau selama ni ? Kau selalu nasihatkan aku , Mirza , Hafiz , Iman Amin , Syafiq , Mira ngan Iman . Kau langsung tak pernah tunjukkan perangai hilang waras kau ? Sara , aku nak Sara yang dulu . Sara yang gembira , sentiasa senyum , yang suka buat lawak walaupun hambar , yang selalu nasihatkan kitorang walaupun mulut macam maka nenek tapi aku nak Sara Afiqah yang dulu . Kitorang sedih sangat bila kau dalam keadaan macam ni , kitorang perlukan kau dan kau perlukan kitorang . " pujuk Esan sambil mengesat air mata jantannya , ye kali ni dia sangat sedih bila sahabat yang selalu gembira jadi sedih .

" Bole tak kau cakap kat aku yang dia masih cintakan aku ? Dia pergi tak cakap ape pun , ye memang aku tipu dia yang aku dah couple dengan Dayat tapi tu tak betul . Tu cuma alasan dan Dayat tahu problem aku , lagipun Dayat dah ade awek . "

" Dia pegi sana sebab dia tunaikan permintaan kau , dia buat sebab kau . Dia nak kau tunggu dia balik Malaysia , aku yakin cinta kau dengan dia kuat Sara . Aku yakin sangat cinta korang kuat . " ujar Mira yang mukanya sudah merah-kemerahan akibat peristiwabyang berlaku pada sahabatnya itu .

" Sara , awak tak kesian kat kita ke ? Awak nak tengok kitorang sedih sebab awak ? Awak tak nak ke berjaya macam orang lain ? Awak tak nak ke kita sambung belajar kat Perth ? Tu kan impian awak dari dulu lagi , awak dah cakap kat kita . Tolongla Sara , kita merayu sangat kat awak bangun dari kesedihan ni . Walaupun awak dah hilang Arif tapi awak masih ade kita , Mira , Esan , Mirza , Hafiz , Syafiq , Iman Amin , Dayat , mama awak , papa awak . Kitorang akan sokong awak Sara , sentiasa ade disisi awak . " pujuk dan rayu Iman , ye hanya Iman yang mampu cairkan hati Sara .

" Iman , awak tahu yang kita tak bole dengar rayuan awak . Fine , i must wake up . Kita akan bangkit demi semua orang , demi awak , demi diri kita , demi kejayaan kita , demi impian kita , demi cita-cita kita . Kita akan buat , kita kena cari kekuatan kita semula . I will do it ! "

Tersenyum mereka yang ade di situ , ye mereka semua la sahabat aku . Hidayat tidak dapat menziarahi aku kerana dia baru sahaja masuk universiti . Aku tak bole nak jadi macam ni .

××××××××××× ××××××××××××× ×××××××××××

Puan Leha datang ke bilik Sara kerana ingin memintak tolong Sara untuk teman dia ke pasar besok tapi hairan Puan Leha melihat Sara termenung dari tadi , tah bila Sara termenung . Terus Puan Leha menegurnya , " Sara , ape yang Sara termenung itu ? "

Terus Sara tersentak bila ditegur oleh mamanya . Dia tidak sedar yang dia sudah lama termenung , tidak sangka ade orang perasan .

" Eh mama , Sara termenung kejap je tak lama pun . "
" Sara , teringat kat dia ke ? " tanya Puan Leha lalu Sara terus memeluknya dengan erat sekali dan berkata .
" Mama pun tahukan , 4 tahun dia tak pernah tinggalkan Sara . Ade time susah senang Sara tapi kenapa nenda dia buat kitorang macam ni ? Ape salah Sara ? Hina sangat ke orang kampung ni ma ? "
" Biasala sayang , orang kaya raya macam nenda dia tu memang macam tu . Sara sabar eh , nanti mesti Sara akan rasa gembira dan bahagia . Kalau jodoh Sara dengan dia , insya allah nanti bersatu jugak . "
" Aminnn , Sara tak nampak lagi orang yang mampu bahagiakan Sara macam mana dia bahagiakan Sara ma . Sara sayang dan cintakan dia sangat-sangat . "
"Amin sayang , dah la pegi tido mestibpenatkan harini . Besok teman mama pegi pasar , nanti Sara dah tak bole temankan mama pegi pasar lagi dah . Hujung bulan ni pegi Perth dah , balik sini pun jarang tapi demi masa depan Sara , mama sanggup tau . "
" Thank you mama , love you so much mama . Oky la , Sara tido dulu . "

Terus Puan Leha keluar dari bilik Sara dan menuju ke biliknya . Sara rasa dia patut buktikan yang pada Puan Sri Tengku Aliah Dhia bahawa dia bole berjaya dan bukan orang miskin yang dikata oleh Puan Sri Tengku Aliah Dhia .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience