Bab 15

Romance Series 3736

Apebila Sara pulang ke rumah terus masuk ke bilik , jadi pelik Puan Leha dibuatnya melihat anak daranya seorang tu sedang menangis . Dia tahu yang kalau anaknya sedih atau menangis pasti mata , hidup dan mukanya akan merah-kemerahan tambahan lagi muka anaknya akan dibasahi dengan air mata . Terus Puan Leha bertanya dengan Mira , " Mira , kenapa dengan Sara ? Ade ape-ape berlaku ke ? Acik tahu ade benda yang buat dia sedih ? "

" Erm sebenarnya , Mira takut nak bagitahu acik sebab tak nak acik bermasam muka dengan Keluarga Tan Sri Tengku Afiq Danie tapi Mira rasa acik kena tahu . "
" Keluarga Tan Sri Afiq Danie ? Acik tak kenal la , sape ? Macam pernah dengar je nama tu . "
" Keluarga Arif Daniel , Arif tipu kita semua acik . Tadi nenda dia datang jumpa kami kat taman , nenda dia maki , hina Sara sampai Sara diam seribu kata-kata . Masa Sara diam tu , Mira nampak muka dia dah merah-merah sebab tahan marah , geram dan tahan air mata dia mengalir . Pastu ayah Arif datang , ayah dia marah dan merayu kat nenda Arif jangan libatkan Sara dalam masalah Arif tak nak sambung belajar kat UK tahun ni tapi Arif nak sambung belajar sama-sama dengan Sara , so dia tunggu Sara abis sekolah . "
" Sampai macam tu nenda dia buat Sara macam ni ? Sara tak salah ape-ape pun , kenapa sampai nak hina , nak maki Sara ? Sara mesti sedih sangat , Sara dah lama tak sedih macam ni . Last dia sedih macam ni masa dia buta dulu . Acik tak tahu nak buat ape bila dia tengah sedih sebab selama ni Arif yang pujuk Sara bila Sara sedih macam ni . "
" Acik , Mira mintak sangat kat acik supaya jangan bagi Arif datang jumpa Sara . Dia tu dah tipu Sara , dia tak pernah cakap kat Sara yang dia tu keturunan diraja . Mira geram sangat dengan Arif ni . "
" Sabar ye Mira , oky la Mira acik masuk dulu nak tengok Sar tu macam mana . Kot kot dia buat perkara yang tak masuk akal . "
" Oky makcik , tengok-tengokkan Sara tu . "

..........

Dah tiga hari Sara tak makan , tak keluar bilik , tak pegi sekolah , tak datang kelas tambahan SPM , tak mandi , tak pegang telefon walaupun ramai yang telefonnya dan sudah tiga hari Arif mencarinya walaupun sudah Arif datang ke rumah tapi Sara tetap tak nak jumpa dengan Arif . Hanya dia buat bersedih , menangis , mengalirkan air mata . Risau Puan Leha dan Encik Syawal dengan keadaan anaknya .

" Bang , dah tiga hari Sara kurung dalam bilik tu . Sara ni selalu buat kita risau tau . "
" Tu la , biar jela Sara tu . Abang tak nak paksa-paksa dia , susah tau . Dia tu dah la jenis yang degil . "
" Yela , abang . "

........

Arif yang baru pulang ke rumah . Dia merasa sangat sedih , penat , tak gembira .

" Rif , macam mana dengan Sara ? Dah tiga hari mama try call dia but dia still tak jawab , mesej pun langsung tak reply . Mama risau la dengan Sara , mama takut ape yang nenda cakap kat Sara tu jadi penyebab dia berkurung dalam bilik je . Kelas tambahan dah tiga hari tak datang , sekoah pun dia tak pegi , makan pun tak , mandi pun tak , keluar bilik langsung tak , Arif datang pun dia tak nak jumpa , Mira dengan Iman tu datang pun dia tak nak jumpa jugak . Risau mama . "

Baru sahaja Tengku Arif Daniel nak menjawab terus nendanya , Puan Sri Tengku Aliah Dhia menyampuk .

" Bagus la macam tu , at least dia dengar cakap nenda . Bagus , ni baru dipanggil budak baik . "
" You too much Puan Sri Tengku Aliah Dhia , selama ni Rif hormat nenda as my grandmom but for this time i lost your respect . Rif bukan nak biadap but Rif betul-betul dah tak tahan dengan perangai nenda macam ni . Ye memang Rif dah sayang sangat dan cinta sangat pada Sara Afiqah . Sebab ape ? Sebab dia dah bukak pintu hati Rif . Dia dah mampu buat Rif lupakan Tengku Sofia . Rif sakit hati sangat tau nenda dia tipu Rif dan lepas kejadian tu Rif buat keputusan untuk tidak percayakan sesiapa lagi tapi lepas Sara muncul dalam hidup Rif , Rif jadi lebih bahagia . Rif tak nak mulakan balik nenda . Rif cuma nak Sara Afiqah je . "

Lalu Tengku Arif Daniel naik ke tingkat atas menuju ke biliknya . Terkedu Puan Sri Tengku Aliah Dhia bila cucu kesayangannya berkata begitu dan luahkan segalanya tapi itu semua tidak mampu buat dia ubah fikiran . ' Arif , nenda ade pendirian nenda . Kalau nenda nak , nenda akan dapat . Wait and see , Tengku Arif Daniel . "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience