Bab 38

Romance Series 3736

Hampir setahun Arif telah meninggalkan dunia ni . Meninggalkan kerja , keluarganya , sahabatnya , kehidupannya , kekayaannya , kemewahannya , kesenangannya , keindahan dunia , anak-anaknya dan wanita yang paling cinta iaitu Sara Afiqah .

Amar dan Amir semakin membesarkan dan sudah pandai berkata-kata . Sejak kematian bapa mereka berdua , dia tinggal dan dijaga oleh tok mak , nenek , atuk , mak ngah dan pak sunya .

Sara Afiqah disahkan menghadapi kemurungan dan 50% hilang kewarasan namun dirinya boleh dirawat . Dia mengalami penyakit ini sejak kematian suami tercintanya . Kini Aina Safa yang menguruskan syarikat suaminya buat sementara menunggu Sara Afiqah sembuh dari penyakitnya itu .

Sara Afiqah jugak tidak tinggal di istana dia bersama suaminya itu , kadangkala dia tinggal di hospital dan kadangkala jugak dia tinggal di rumah family suaminya . Doktor yang merawat Sara mengatakan , Sara kadangkala bersikap waras dan kadangkala bersikap tidak waras .

Sejak kematian Arif , dia jauh dari tuhan , jauh dari family , jauh dari kerjayanya , jauh dari kawan-kawan , jauh dari masyarakat dan jauh dari dunia luar . Dia hanya hidup di dunianya .

..........

" Mama ! Buat pe tu ? " tanya Amar .
" Mana ade buat ape , mama cuma tengok gambar masa mama baru kawin dengan arwah papa korang ni , rindu kat dia . " ujarku , baru aku sedar yang begitu lama aku termenung .
" Kan ma , kan best kalau papa ade . " adu Amir .
" Takpelah mir , dah sampai waktu . "
" Betul tu mir , takpe aku ade , mama ade , tok mak ade , nenek ade , atuk ade , pak su mak su ade , mak ngah pak ngah ade . " dengan penuh semangat Amar berkata pada adiknya .
" Eleyh , kalau yang lain takpe tapi kalau kau mar , memang aku geli tau sebab kau bukannya nak teman aku ke . Dah lah keje nak teman awek lah , dating lah . " ujar Amir .
" Shut ! Diamlah , mama ade ni . " geram Amar dengan adiknya itu .
" Haih korang beradik ni , dah lah mama nak rehat kat atas lah . "
" Okay ma , goodnight . " ujar mereka berdua serentak .
" Okay ! "

Sudah 26 tahun berlalu ,
Tengku Amar Danish dan Tengku Amir Danish sudah besar , sudah tamat pengajian mereka dan kini bekerja atau mengambil alih tempat Sara sebagai CEO syarikat arwah suaminya . Amar bakal kenalkan kekasihnya pada bondanya tapi Amir tiada lagi wanita disisinya kerana dirinya sibuk bekerja seperti papanya . Syarikat suaminya semakin maju atas usaha anak kembarnya itu yang sangat focus dengan kerja . Kerjayanya masih diteruskan dan semakin banyak jual setiap novel yang terlaris terutama sekali novel yang mengisahkan tentang kehidupannya .

Esan , Mirza , Iman Amin , Hafiz , Syafiq , Iman dan Mira sudah pun berumah tangga bersama pilihan hati mereka semua . Doktor Isy bahagia dengan suaminya . Tengku Zarif Aiman jugak lebih bahagia dengan isteri tercintanya itu . Aniq ? Alhamdulilah , dia berkahwin dengan Aira iaitu adik angkat aku . Safa sudah mempunyai tiga orang anak , memasjng bakal menduduki peperiksaan besar .

Walaupun tiada suami di sisinya tapi dia bangkit semua untuk menjalani hidupnya sekarang ni . Alhamdulilah , dirinya sihat semula dengan bantuan doktor , keluarga dan sahabatnya . Kasih sayang , cinta , rindu , hati dan jiwanya masih milik Tengku Arif Daniel sampai bila-bila !

' Abang , cinta Sar tidak pernah hilang walaupun sedikit . '-Sara Afiqah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience