Bab 30

Romance Series 3736

Keesokkan harinya , rumah itu riuh dengan penghuni di dalamnya . Gelak ketawa suara adik-beradik Sara dan sedaranya , keriangan suara anak sedaranya yang sedang bermain dengan Arif . Kemudian , mereka semua dijemput makan .

" Sedapnya bau ma , ni yang best tu . " ujar Arif .
" Biasa je lah Arif , ha nanti mintak je kat Sara pastu suruh dia masak . Dia ni malas nak masak tapi bila dah masak memang sedap , katanya masakkan dia mahal sebab tu kalau masak sedap . "
" Ishhhh....ape mama ni , bocorlah rahsia orang . "
" Alah ape salahnya . " ujar papa Sara dan mereka semua yang ade disitu gelak .
" Erm....Arif , bila korang berdua nak pergi honeymoon ? "
" Erm , maybe next week . "
" What ? Next week ? Awalnya . " ujar Sara Afiqah yang agak terkejut .
" Awal apenya ra , orang lain 2 ke 3 hari dah pergi honeymoon . "
" Kamu ni , dia tu kan baru je kahwin pastu nak kena pergi honeymoon minggu depan . Maungkin Sara ni tak sedia lagi lah tu . " bela papa Sara dan mereka semua menjamu selera .

........

Petang itu , Tengku Arif Daniel ingin membawanya pergi ke Johor Bahru untuk shopping . Dalam perjalanan mereka berdua ingin pergi ke Johor Bahru , Sara mula bersuara .

" Erm , abang . "
" Ye sayangku . "
" Eeeerr....er.....mmm....Sar...."
" Sara nak cakap pasal honeymoon tu ? " tanya Arif dan Sara hanya mengangguk .
" Alah , jangan risaulah sayang . Abang takkan paksa sayang buat benda yang sayang tak sedia dan tak suka . Mesti princess ni malu-malukan bila prince ni sentiasa pandang dia , pegang dia ke atau peluk dia . Yelah , cairlah katakan . "
" Ish abang ni , ke situ pulak . Sara nak discuss pasal honeymoon tu sebab orang tak nak abang salah faham dengan orang . Orang cuma tak sedia je bang , orang sayang abang sangat-sangat .
" Hehehe....yelah abang faham sayang , so lepasni sayang jangan risau sangat eh . Abang pun sama sayang sangat ketat-ketat kat princess ni . "
Mereka pun gelak dan baru itu Sara Afiqah merasakan kebahagiaan sebenar bersama Tengku Arif Daniel . Semoga perkahwinan mereka itu kekal lama .

........

" Kenapa sampai macam ni bang ? Ape salah Qina kat abang ? Qina dah jadi isteri yang terbaik bang , Qina sanggup berhenti kerja kat office daddy semata-mata nak jafi suri rumah , Qina sanggup belajar masak even tangan Qina calar sana sini , Qina sanggup buat semuanya demi abang dan demi menunjukkan cinta Qina pada abang but why you reply like this ? "
" Memang semuanya cukup Qina , Qina sanggup buat ape sahaja demi abang tapi Qina , abang selalu sibuk dan abang rasa abang perlu seseorang untuk berada di sisi abang semasa abang bekerja . "
" So Kisya lah orangnya ? Kisya Alisya ke orangnya Tengku Zarif Aiman ? Okay fine bang , kalau betul abang nak kahwin dengan dia . Boleh tapi ceraikan Qina , Qina tak nak bermadu , Qina tak nak berkongsi kasih , Qina nak abang sorang je milik Qina . Cinta Qina pada abang tak pernah pudar sejak dari dulu lagi , Qina sanggup tinggalkan Arif demi abang . Maafkan Qina bang , Qina nak balik rumah mommy dengan daddy . " ujar Syaqina sambil menangis dan naik ke atas biliknya untuk mengemas baju-bajunya . Selesai mengemas baju , Syaqina turun ke bawah dan mengambil kunci kereta miliknya .

Saat dia hendak memakai seliparnya , tangannya di pegang erat oleh suaminya .

" Qina , tolong jangan tinggalkan rumah ni sayang . Tolonglah Tengku Syaqina Aulia ! "
" Maafkan Qina bang , Qina kena tinggalkan buat sementara waktu dan Qina perlukan masa untuk tenangkan diri Qina . Qina tak boleh terima yang Qina bakal bermadu , Qina pergi dulu bang . Halalkan makan minum pakai Qina dan jangan pernah buang cinta abang pada Qina . " ujar Syaqina dan menyalam tangan suaminya kemudia masukkan begnya ke dalam bonet kereta dan menghidupkan enjin . Lalu kereta itu bergerak menuju ke rumah keluarganya , ye mana lagi rumah yang dia perlu pergu selain rumah itu .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience