Bab 4

Romance Series 3736

SARA AFIQAH
Nama itu dipanggil untuk berjumpa dengan guru bimbingan kaunseling . Sara Afiqah merupakan pelajar contoh di form 2 . Dia jugak merupakan ahli Student Voice Group ialah wakil pelajar-pelajar , dia panggil atas kerana ade pelajar baru masuk ke sekolah mereka dan pelajar itu anak orang kaya . Pelajar itu jugak tidak biasa dengan suasana kawasan kampung , jadi Sara ditugaskan untuk kenalkan bilik-bilik dan kelas-kelas di sekolah itu pada pelajar baru itu . Pada jam 8.30 pagi pelajar baru itu sampai ke sekolah mereka , Sara perlu menyambut kedatangan mereka .

Terkejut Sara dibuatnya apabila melihat pelajar baru itu dan nama mereka Sara kenal . Pelajar baru itu Arif Daniel dan Aina Safa . Arif Daniel merupakan pelajar form 3 dan Aina Safa merupakan pelajar form 2 , sebaya dengan dia . ' Ya allah , takde sekolah lain ke dia nak masuk sekolah ni jugak dia nak masuk '

Guru Kaunseling , Cikgu Marhani melihat kelakuan Sara yang tidak dirancang oleh mereka pada pagi tadi terus Cikgu Marhani berbisik , " Sara , pandang depan . Senyum pada mereka , mereka tu pelajar baru pastu diorang tu budak pandai . Tunjukkan sikap yang baik ."
"Cikgu , bole tak cikgu tukar orang . Cikgu suruh la Aisyah . Dia kan dah biasa dengan semua ni , saya tak biasa lagi la cikgu " muka Sara masih tunduk ke bawah .
" Jangan nak mengada-gada eh , senyum cepat dan cakap ape yang suruh kamu cakap pagi tadi Sara Afiqah ! "
" Selamat Datang ke Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas . Saya kenalkan diri saya ialah Sara Afiqah Binti Syawal , saya dari form 2 mewakili pelajar-pelajar di sekolah ini untuk menunjukkan arah-arah di sekolah kami . Mungkin awak berdua tak biasa kan , jadi saya akan tunjukkan . Sebelum itu , saya akan memperkenalkan awak berdua pada Pengetua Sekolah , Penolong Kanan , Guru kokurikulum , Guru Disiplin , Guru Kaunseling dan guru-guru yang berada disini . Kemudian baru kita kenalkan awak berdua arah tempat , kelas dan bilik-bilik yang berada di sekolah ini . "

Selepas Sara memperkenalkan pelajar baru itu pada orang-orang berjawatan tinggi di sekolah itu . Baru Sara memperkenalkan bilik-bilik dan kelas di sekolah itu . Kemudian , Sara membawa mereka kepad kelas mereka berdua .

.............

" Alhamdulilah Sara , semuanya dah selamat dah . Bagus kamu ye , ni la yang saya mahukan pelajar macam ni , " ujar Cikgu Marhani .
" Terima kasih cikgu sebab cikgu jugak la saya ade keberanian yang saya ade sekarang ni , " ujar Sara . Selepas itu Sara ingin pegi ke library untuk menjalankan tugas sebagai pengawas perpustakaan tapi ade tangan yang tetiba menariknya seperti ingin menculiknya .

" Arif Daniel ! "
" Hai Princess Sara Afiqah ! "
" Bab mengarut memang nombor satu eh , ape awak ni ? Ni sekolah oky , ramai mata memandang lagi-lagi kalau ade cikgu nampak macam mana ? Abis la saya , students lain nampak macam mana ? Ha ni mana Aina Safa ? "
" Dia rehat dengan kawan dia ! "
" Abis awak ? Tak nak pegi rehat dengan classmate awak ? Saya ade tugas kena jalankan "ujar Sara dengan penuh ketegasan .
" Sara ! "
" What do you want Arif Daniel ! "
" Can i go follow you ? Saya janji saya tak kacau awak bertugas dan saya janji besok saya rehat dengan classmate saya ."
" Oky , janji jangan tengok saya bertugas ! "
" Kalau saya tengok pun , kenapa ? Nanti iman awak tergugat eh ? Cair la tu " gurau Arif Daniel .
" Ish dia ni , dah jom la ! "

Pada saat itu ade mata yang sedang memerhatikan mereka berdua , sape lagi kalau bukan Hidayat , iaitu orang yang sukakan Sara . Perasaan cemburu dia mula timbul dan geram kerana nampak kemesraan Sara dan Arif .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience