Detik

Romance Completed 8205

Sudah hampir 5hari aku disini dan sepanjang itu juga la aku tidak dapat keluar langsung dari rumah. Cuma sekali sekala aku dapat ke laman rumahnya itupun ada yg memerhati. Sejak aku di sini, Rizal akan pulang ke rumah ada waktunya. Pagi, kami akan makan bersama di ruang makan dan selepas itu dia akan keluar. Malam dia akan pulang makan di rumah dan membawa aku naik ke biliknya. Pakaian aku akan di sediakan oleh orang gaji rumahnya. Mereka hanya di tugaskan utk meletakkan baju itu di birai katil dan mereka tidak akan menegur atau bersuara walau sepatah pun. Itu arahan dari Rizal. Semakin hari aku bertambah takut, apabila dia mula menanggapku seperti isterinya. Setiap kali pulang ke rumah, dia pasti akan mencariku dan melakukan perkara di luar jangkaanku. Hampir setiap hari aku akan bersama dia. Ku tidak tahu bilakah semua ini akan berhenti. Dalam fikiran aku ketika itu hanya satu, aku hanya nak balik. Suatu petang orang gaji Rizal mendapat panggilan darinya memberitahu bahawa dia pulang agak lewat kerana ada kerja yg perlua dia siapkan. Orang gajinya menerima beberapa arahan darinya dan dia hanya mengiakan tanda faham akan kesemua arahan itu. Tiba-tiba pintu bilikku di ketuk dan di kuak. Rupanya orang gajian Rizal menghantar makan ke dalam bilikku atas arahannya. Aku mendekati orang gaji Rizal itu. Dia menghulur dulang makanan kepadaku. Aku menerimanya. Belum sempat aku mengambil, dia juga turut menghulurkan sesuatu kepadaku. Rasanya seperti sebuah hanfone. Dia menyembunyikan hanfone itu di bawah dulang. Dia memandangku dan sepertinya aku faham apa yg ingin dia sampaikan. Jadi aku hanya tersenyum dan mengangguk tanda terima kasih kerana membantuku. Dia membalas senyumanku dan penjaga pintu itu memaksa dia keluar dari bilikku dan mengunciku semula. Aku melihat sekeliling jika terdapat tempat yg sesuai utk meneliti telefon itu. Tanganku cepat mendail nombor Haziq. Airmataku terus mengalir apabila mendengar suara dia menjawab panggilan itu. Dengan nada terkejut dia bertanya tentang aku. Aku hanya menjawab beberapa soalan dengan nada yg amat perlahan dan singkay. Aku tidak mahu mereka mendengar suaraku. Dia meminta aku utk menghantar lokasi aku dengan segera. Aku mengiakan arahannya dan setelah menamatkan panggilan, dengan segera aku menghantar lokasi aku dan aku menyembunyikan hanfone ku di bawah tilam. supaya Rizal tidak dapat menjumpai hanfone aku itu. Pada jam 4 petang, Rizal pulang. Dalam keadaan tergesa-gesa, dia meminta aku menyalin pakaian dan dia mengemas beberapa helai baju dan memasukkan kesemua baju itu kedalam beg. Dia masuk ke dalam bilik mandi dan ketika itu aku mencapai hanfone aku dan menyembunyinya di dalam baju ku. Selepas dia selesai mandi, dia memakai baju dan terus mencapai beberapa keping dokumen di atas meja. Dab dengan keadaan kelam kabut itu, dia terus menarik aku keluar dari bilik dan masuk ke dalam sebuah kereta hitam yg aku pasti itu adalah limosin yg dia sewa. Aku bertambah takut. Tapi aku tetap mahu tahu. " Kita nak ke mana ni?" Dia menarik tanganku supaya dapat menenangkan aku dan tersenyum. " Kita akan pergi jauh dari sini. Aku dah siapkan semuanya sayang. just chill and relax" dia mengusap-usap tanganku. Aku cuba menarik tapi dia menahannya. Airmata aku nengalir lagi. Aku memandang ke luar tingkap dan mengelap air mata itu.Ketika itu lah aku terdetik utk menghantar lokasi terakhir ku pada Haziq. Jika dia lambat, memang aku tidak dapat berjumpa dengan dia lagi sampai bila-bila. Tanganku menekan lokasi dan segera menghantarnya. Hanfone itu aku masukkan sahaja dalam poket seluar. Jika Rizal menemui hanfone itu, aku dapat rasakan yg aku tidak akan diselamatkan lagi dan aku terpaksa bersama Rizal selamanya.
Aku dan Rizal tiba di Balai berlepas di Klia, iaitu kenangan aku berjumpa Haziq sebelum aku menjadi isterinya. Kenangan itu melintas di ingatan ketika itu, membuat aku bertambah merindui Haziq. Rizal segera membuat pengesahan tiket dan ketika itulah Haziq tiba bersama beberapa orang polis Klia dan mengacukan pistol pada Rizal. Rizal tidak gentar. Dia mula memeluk aku dari belakang dan mengeluarkan sepucuk pistol dan mengacukan pada Haziq. Ramai orang yg berada di sekililing itu terkejut dan menjerit melihat keadaan kami. Haziq meminta Rizal utk menyerah dan melepaskan aku. Dia bertambah marah dan melangkah keluar dari kaunter tiket itu sambil mengheret aku bersamanya. Pihak polis sudah pun berada di posisi masing-masing. Mereka sudah bersedia utk melepaskan tembakan kearah Rizal. Rizal bertambah panik dan dia mula mengundur hingga ke arah pintu check in. Namun belum sempat sampai, Haziq menarik pistol dari tangan Rizal dan Rizal terus melepaskan aku. Aku rebah ke tepi. Haziq dan Rizal mula bergelut utk mendapatkan pistol itu. Aku bertambah panik tiada perkataan lain yg keluar dari mulut aku ketika itu hanyalah nama 'Haziq'. Rizal memandangku dengan bertambah marah. Tiba-tiba bunyi tembakan dilepaskan. Aku terkejut dan terus bangun meluru ke arah Haziq. Rizal jatuh dan pistol itu berada di dalam tangan Haziq. Haziq juga turut terkejut namun bukan dia yg melepaskan tembakan itu tetapi abang Hazim. Abang Hazim tersenyum dan polis terus menuju ke arah Hazim dan mengari tangannya. Aku mendekati Haziq dan Haziq terus memelukku dengan erat. Beberapa kali dia bertanya samada aku ok atau tidak tapi ketika itu aku tidak boleh menjawab apa-apa hanya tangisan dan airmata menjadi peneman aku di sepanjang hari. Haziq mengambil baju jaketnya dan menyarungkan padaku. Dia memegang bahuku dan terus membawaku keluar dari perkarangan lapangan terbang itu dan menuju ke arah keretanya. Kami terus ke balai polis utk membuat laporan. Sepanjang perjalanan itu, hanya suara radio menjadi peneman kami. Tiada sepatah soalan yg keluar dari mulutnya. Dia seolah mengerti perasaan aku ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience