Selesai!

Romance Completed 8205

Selepas selesai kami membuat laporan, Haziq meminta aku utk mendapatkan rawatan di Hospital. Sepanjang aku berada di dalam tahan wad, aku sentiasa di temani Haziq dan ayahku. Aku tahu dia berasa bersalah atas kejadian yg menimpaku. Namun aku tidak pernah menyalahkannya. Semua yg terjadi ada hikmah dari-Nya. Aku redha. Dalam wad itu jugalah aku di kunjungi beberapa orang kawan baik aku termasuklah Fiffy. Sudah sekian lama tidak ketemu. Akhirnya kami berjumpa dalam keadaan begini. Walaupun aku masih di hospital namun aku sentiasa gembira dan bahagia di samping Haziq yg banyak membantuku utk meneruskan kehidupan. Aku juga hampir bunuh diri aku bila aku dapat tahu yg aku mengandungkan anak Rizal. Haziq dapat menerimanya dengan hati dan tangannya yang terbuka. Dia tidak pernah menyalahkan aku atas semua yg terjadi. Dia juga yg minta aku utk menjaga, melahirkan dan membesarkan anak ini bersamanya. Aku amat terharu dan gembira atas pengorbanan besar yg telah di buat oleh Haziq utk aku. Aku terlalu bersyukur. Banyak hikmah yg aku terima kali ini. Lizzy juga ada datang melawat aku membawa suami dan anaknya. Ketika itu lah, Haziq menceritakan segala khilafnya padaku. Pada waktu aku memerlukannya, Haziq sedang memerangkap Hazim. Dia ingin tahu apa percubaan Hazim utk menjauh dan menjatuhkan kami lagi. Lizzy turut membantu Haziq tanpa pengetahuan sesiapa. Dia terpaksa menjauh dariku semata-mata utk melihat permainan Hazim. Rizal itu antara budak yg telah Hazim upah utk memisahkan kami dan menjatuhkan ayahku. Pada awalnya rancangannya hanya untuk membuat aku dan Haziq berpisah dan membunuh ayah. Namun perancangan itu berubah apabila Rizal mula jatuh cinta padaku. Haziq sudah nampak permainan dan perubahan Rizal tapi Haziq perlu menunggu hingga Rizal buat sesuatu. Haziq tidak sangka sehingga tahap itu dia sanggup buat semata-mata apabila dia jatuh cinta. Manusia ni boleh berubah jadi gila jika sudah jatuh cinta. Ketika aku di culik itu juga lah , Haziq cuba menyedarkan ayah. Dia pergi menyerang ayah di tempat persembunyiannya. Walaupun luka dan berdarah ditetak dan dipukul oleh anak-anak buah ayah, namun dia mahu selamatkan aku. Dia sanggup meredah segalanya utk bertemu dengan ayah. Perkara itu buat ayah tersedar yg Haziq dan aku memang telah di takdirkan bersama dan tidak ada siapa yg boleh memisahkan takdir kami. Ayah turut malu dengan dirinya sendiri. Selama ini dia juga tidak pernah menjaga dan membesarkan aku. Ada orang lain lebih perihatin darinya. Haziq juga turut berjumpa Hazim utk menyelesaikan segalanya. Suami Lizzy antara org kuat angota polis. Semua bukti kukuh telah Lizzy selidik dan kumpulkan. Setiap mata kewangan syarikat Hazim, Lizzy sudah pun kumpul utk buat bukti rujukan. Bila-bila masa sahaja Hazim boleh jatuh. Bila Hazim sedar akan perkara itu, dia sendiri yg mahu membantu utk menyelesaikan perculikan itu. Hazim telah pun ditahan reman dan di hukum penjara atas percubaan membunuh dan bersubahat dalam kes perculikan.Namun Haziq meminta agar hukuman Hazim di ringankan. Masih dalam proses. Kelab malam milik Hazim semua di tutup dan disita. Syarikat milik Hazim jatuh ke tangan Haziq dan Haziq cuba kendalikannya dengan cara baik dan jalan yg betul. Setiap perkara mengenai pejabat, Lizzy juga turut membantu. Rumah dan kereta Hazim juga ada yg di rampas dan ada juga yg sudah pun menjadi milik Haziq. Banyak yg telah Haziq miliki dari hasil Hazim. Namun Haziq tidak begitu kejam. Setiap harta Hazim walaupun telah di tukar milik, Haziq akan menunggu kepulangan Hazim dan memberikan semua harta dia kembali. Haziq hanya amanah utk menjaganya sementara Hazim dipenjara sehingga dia keluar nanti. Setelah semua selesai, kami telah berpindah ke rumah milik Haziq. Semua peralatan selepas bersalin telahpun tersedia dan dia telah pun mengambil 2 org pembantu rumah utk senang aku uruskan anak yg bakal lahir nanti. Dia amat berharap anak yg lahir ini tidak akan mengetahui siapa ayah dia yg sebenar sampai bila-bila. Kami telah pun bersetuju utk merahsiakan dan melupakan apa yg berlaku dan buka buku baru utk meneruskan kehidupan seterusnya. TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience