Culik!

Romance Completed 8270

Sejurus pulang dari tempat ayah, aku terus memandu pulang kerumah. Namun belum sempat sampai, kereta aku telah kehabisan minyak dan aku singgah ke stesyen minyak. Pada malam itu aku rasa macam tidak sedap hati. Tapi aku tidak mahu melayan perasaan aku dan aku hanya meneruskan hasrat aku utk mengisi minyak. Setelah selesai aku meletakkan kenderaan aku di kawasan hadapan pintu kedai stesyen minyak itu dan tangan aku mencapai hanfone dan letak dalam poket seluar jeans. Selepasiti, aku keluar dari kenderaan dan mengunci pintu kereta itu. Aku menuju ke arah belakang kedai stesyen minyak itu utk ke tandas. Kawasan belakang itu agak gelap. Aku melangkah dengan penuh hati-hati. Tiba-tiba sahaja ada tangan muncul dari belakangku dengan memegang sehelai kain. Kain itu menutupi mulut dan hidungku. Aku menjerit meminta tolong sambil meronta, tetapi mataku makin layu dan akhirnya pandanganku gelap dan aku rebah. Aku terjaga dari tidur dengan mulut dan kaki tanganku terikat. Aku berada di dalam bilik yg di penuhi sampah. Aku terdengar bunyi beberapa org lelaki sedang bercakap dan bunyi beberapa tapak kaki yg menuju ke arah aku yg sedang baring di lantai. Aku mahu bangun, namun ubat itu terlampau kuat sehingga tenagaku tidak cukup utk melawan mereka dan akhirnya mataku kembali terpejam dan aku terlena semula. Beberapa kali aku terjaga tetapi aku akan tertidur kembali. Kali ini aku merasa cukup tenaga dan sekilas aku bangun, aku terus terduduk. Kali ini aku berada di atas katil empuk dalam bilik yg bersih dan cantik. Kepalaku tiba-tiba berpinar dan tanganku terus memicit-micit kepalaku sambil mataku melilau melihat sekeliling. Tiada siapa tetapi aku dengar suara orang di luar bilik itu. Aku memandang keluar tingkap dan menuju ke arah tingkap. Aku memerhati kawasan luar itu tapi belum sempat aku melihat keluar, sepasang tangan merangkul pingganku. Aku terus menoleh kebelakang. Seorang lelaki yamg amat ku kenal dengan tidak berbaju. Hanya berseluar "Rizal!! Apa yang kau buat ni?" Aku menjerit dan melepaskan tangannya. Walaupun terlepas, dia mendekatiku. Kali ini kedua tanganku ditahan ke dinding dan mukanya mendekati mukaku. " Sayang, jangan la takut. Aku just nak bersama kau je sayang.." hidungnya menghidu pipi dan leherku. Aku cuba mengelak namun kudrat dia lagi kuat dari aku. Dia cuba menciumku tapi aku menjerit dengan kuat hingga dia memandangku sambil ketawa. "Jangan la takut, sayang.. aku nak kau enjoy! Lupakan Haziq dan kawin dengan aku." Aku ketakutan hingga jantung aku berdegup laju. Aku menutup mata dan mulutku serapatnya. Dia hanya senyum melihat wajahku. Setelah dia puas, dia melepaskan tanganku dan aku berlari ke arah dan duduk di hujung katil supaya dia tidak lagi mendekatiku. Aku mengosok pergelangan tanganku dan air mataku mula nengalir apabila memandang ke arahnya. Lama dia merenung kau dan akhirnya dia keluar dari bilik itu. Aku perlahan menuju arah pintu dan cuba membukanya.Namun ianya terkunci. Tapi aku dapat dengar beberapa suara di luar bilik itu seperti ada yg menjaga di hadapan pintu tersebut. Airmataku mula mengalir sekali lagi dan aku terus rebah ke lantai. Tanganku menekup ke seluruh wajah sambil mengenangkan nasib yg akan tiba selepas ini. Lama aku fikirkan dan akhirnya aku stress dan tidak keruan. Aku mencampak semua bantal dan selimut ke lantai. Seletah selesai di katil, aku melangkah di meja cermin, aku menbuang semua barang yg ada di atas meja dan menangis di hadapan cermin. Semakin kuat tangisan aku, bingkas aku bangun dan duduk di hujung sudut almari sambil muka ku menekup di atas kedua lututku dan tanganku memeluk seluruh kakiku. Aku hanya menangis sehingga aku kepenatan dan tertidur di sudut almari itu. Setelah terjaga, aku sudah pun di atas katil dan ketika itu Rizal sedang mengutip semua barang yg bersepah di atas lantai. Dengan perlahan aku mengambil peluang turun dari katil utk menuju ke arah pintu. Pastinya ketika itu pintu itu tidak berkunci. Aku mengatur langkah perlahan dan ketika aku hampir di pintu, sepasang tangan merangkul pinggangku dari belakang.Aku menjerit dan meronta minta di lepaskan. Namun kali ini pelukannya begitu erat dan kuat hingga dapat menarik aku kembali ke katil. Aku di rebahkan di atas tilam empuk itu dan dia memegang kedua belah tanganku rapat di atas katil. Kali ini wajahnya bertambah begis dan menakutkan. Dia mula duduk di atas badanku dan membuka baju. Aku menangis dan minta Rizal jangan buat perkara yg bukan-bukan padaku. Namun dirinya seperti di sihir. Tanganku cuba menolak kakinya turun dari badanku. Namun ketakutan sudah menguasai diriku yg teramat hingga airmataku tidak dapat di bendung lagi. Ianya mengalir seperti air terjun. Banyak kali aku meminta Rizal utk melepaskan aku tetapi dia tidak seperti dirinya yg pernah aku kenal.
Tepat pukul 8pagi, aku terjaga. Airmataku masih mengalir walaupun sudah berlaku satu perkara yg tidak ku rela. Otakku bagaikan di jampi. Tidak tahu mahu buat apa lagi. Aku perlahan menarik jubah mandi yg ada di sisi katil dan menuju ke bilik air. Pintu bilik air itu di kunci dan aku mula membuka paip air hujan membasahi diriku yg sudah ketelanjuran. Aku hanya memandang air yg keluar dari paip itu dan air mataku sekali lagi mengalir memikirkan kejadian semalam. Aku menangis sepuas hatiku sehingga suara tangisanku itu mengejutkan Rizal dan membuatkan dia berlari ke pintu dan mengetuk pintu itu sambil memanggil namaku beberapa "Liya! Sayang! buka pintu ni." Aku tekejut dan menoleh ke arah pintu. Kakiku terkaku dan terkedu. Tidak tahu mahu buat apa. Samada mahu buka atau beekirung sahaja diri di dalam bilik air itu. Aku betul-betul trauma seperti masa kejadian abang Hazim dulu. Tapi kali ini Haziq tidak datang menolong aku sebab dia pun tidak tahu di mana kedudukan aku. Aku terkejut sekali lagi pintu itu diketuk tapi kali ini ianya lebih kuat. Tanpa berfikir lagi, aku menarik jubah mandi dan menyarungkan di badanku dan dengan perlahan aku membuka kunci pintu. Dia bertanya adakah aku baik atau tidak. Aku hanya mengengangguk tidak mahu dia buat apa-apa kan aku lagi. Dia memegang bahuku sambil mengosok menenangkan aku "jangan takut, abang amat sayangkan Liya. Abang akan tanggung apa yg abang dah buat pada Liya. Abang akan jaga Liya lebih baik lagi dari Haziq tak guna tu. Liya sayang, kita akan tinggal di sini. Buatlah rumah ni macam rumah Liya tapi Liya tak boleh keluar dari sini tanpa abang. Setiap kali Liya nak keluar, abang akan bawa Liya tapi bukan masa terdekat ni ok sayang?" aku tidak memandangnya tapi hanya mengangguk faham apa yang dia katakan padaku. Dia mencium dahiku dan membawaku keluar dari bilik air. Dia meletakkan aku duduk di hujung katil dan dia meminta aku utk tunggu sekejap. Mataku hanya memerhatikan gerak gerinya. Dia membuka pintu almari dan mengambil beberapa helai baju wanita dan dihulurnya kepadaku. Semua baju-baju itu kelihatan agak mahal dan ianya memang bersaiz aku. Pilihannya agak cantik dan sesuai dengan citarasaku. Mungkin dia amat tahu apa yg aku suka atau tidak. Lainlah macam Haziq. Dia langsung tidak peduli aku suka atau tidak suka. Memang berbeza tetapi aku juga tidak tahu kenapa aku tidak boleh memilih Rizal. Hatiku masih kuat utk menyintai Haziq dan dia juga masih merupakan suami aku yg sah. Rizal meninggalkan aku utk memilih baju dan menuju ke bilik air hanya dengan bertuala. Aku mengambil sepasang baju daripada baju-baju itu dan memakainya. Hanya baju T dan berseluar jeans. Sesuai dengan keadaan aku sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience