Benci

Romance Completed 8270

Aku melihat setiap hari Haziq mula balik lambat. Kadang kala, ada juga tidak balik langsung. Aku makin risau. Setiap kali tanya, dia jawab hal kerja. Padahal aku dapat rasa ini mesti ada kaitan dengan Lizzy. Aku Cemburu. Namun aku endahkan sahaja perasaan aku. Setiap kali dia keluar, aku juga akan turut keluar utk mencari ketenangan hati dan utk menghilangkan rasa stress. Suatu hari, aku ke mall utk hilangkan bosan. Ketika aku pulang dari membeli belah, ketika itu aku perasan ada orang cuba mengikuti aku. Ketika aku lari keluar dari mall utk melintas jalan, ada sebuah kereta yg laju hampir melanggar aku. Aku disambut oleh seorang lelaki yg agak segak dan menarik aku keluar dari landasan jalan raya itu. Nasib aku baik kerana kami berdua tidak tercedera. Hanya tangannya luka akibat tergeser ngn batu jalan. Pada mulanya, aku tidak perasan. Bila dia cuba mengangkat aku bangun, ketika itu juga aku ternampak darah pada sikunya. Agak banyak. "cik, awak ok?" Soalnya mengalihkan pandangan ku kearah raut wajahnya. " emm.. saya ok. Terima kasih. Tapi tangan awak tu..." jariku menunding arah lukanya itu. Dia melihat dengan biasa sahaja. "tak ada apa lah.. sikit je ni. Cik jangan risau." dia tersenyum. "nak saya hantar pergi klinik?" soalku. Dia memandangku dan menggeleng. Raut wajahku menunjukkan bertambah risau dan bersalah. Dia memandangku dengan tersenyum. "cik jangan risau ye. Sikit je ni. Saya ok je. Cik nak kemana ni?" dia menukar topik. Aku menunjuk arah ke seberang dan dia memimpinku hingg ke seberang jalan. Aku menoleh kebelakang mencari orang yg mengekori aku tadi. Sudah pun lesap. Kemana mereka pergi aku tidak pasti. Malam menjelma, Haziq tidak pulang. ' aku rasa mesti dia tak balik malam ni.' desis hati kecilku. Mataku sayup melihat pelbagai rancangan di televisyen. Tiada siaran yg menarik hingga aku terdengar bunyi kereta memandu terus ke arah garage kereta dan kemudian bunyi suara orang-orang ketawa dan rancak bersembang mendekati pintu depan. Ternyata ayah balik bersama seorang lelaki. Pada mula aku tidak perasan lagi siapa yg datang. Bila aku mendekati mereka baru aku perasan lelaki yg bersama ayah itu lelaki yg sama menolong aku ketika aku hampir kena langgar petang tadi. Aku mendekati mereka dan menyapa lelaki itu. Lelaki itu memandangku dan terus membalas sapaan aku. Kali ini, ayah tidak memarahku malah dia tersenyum melihat aku menegur kawannya itu. " Oh by the way, i'm Rizal and your are..?" dia menghulurkan tangan utk berjabat tanganvdenganku. Pada mulanya aku ragu, namun bila ayah mendesak, aku terus menyambut tangan lelaki itu. " Aliya." jawabku ringkas. Dia tersenyum dan membuatkan ayah bertambah gembira dengan tindakan ku .Aku tidak pernah melihat senyuman ayah yg mesra padaku. Inilah kali pertama. Jika pertemuan aku dan Rizal ini buat dia happy, aku akan cuba mengenali Rizal supaya ayah akan lebih rapat denganku nanti. Mengenai Haziq aku terpaksalah rahsiakan beberapa perkara padanya. Terutama sekali mesti Haziq tidak suka melihat aku bersama lelaki lain seperti mana aku melihat dia bersama Lizzy. Jika aku mendekatkan diri dengan Rizal, dapat juga aku mengisi masa aku sendirian tanpa Haziq. Aku mula kenali Rizal. Dia amat baik padaku walaupun dia tahu aku ini masih isteri Haziq. Namun dia juga sependapat dengan ayah tentang Haziq. Pada mulanya aku hanya berdiam sahaja apabila dia cuba memburuk-burukan Haziq padaku. Lama kelamaan aku juga bersetuju dengan pandangan dia. Kadang kala dia cuba membuktikan padaku yang Haziq mengahwini aku bersebab. Setelah sekian lama aku mengenali Rizal, dia banyak ajak aku pergi tempat yg kurang baik seperti kelab malam. Pada mulanya agak janggal. Namun bila sudah tahu kenal, aku mula berjinak dengan dunia itu. Ayah juga kerap bercakap dan berbual denganku sejak kebelakangan ini. Rizal banyak juga membantu aku. Selama hari ini aku baru tahu yg ayah mempunyai sebuah syarikat besar yg import export barang dari luar negara. Setelah mendapat kepercayaan ayah, aku di letakkan bahagian kewangan syarikat dan abang Zizul merupakan CEO syarikat semenjak ayah tinggal di hospital dulu lagi. Aku kerap pulang lewat malam. Kadang kala Haziq yg pulang dulu, aku pulang lebih lewat. Sekarang giliran Haziq pula yg risau tentang aku. Pada mulanya aku tidak hairan apabila Haziq cuba bertanya soalan padaku. Namun setelah berkali-kali dia bertanya, membuatkan aku bosan dan marah. Apabila aku mempersoal tentang dia, dia akan menuduh aku yg melebih. Apabila dia mempersoalkan aku, aku rasa diri tidak adil. Dia mahu aku berubah sedangkan dia yg telah membuat aku berubah hati. Aku tidak tahu lagi siapa dia di hatiku dan siapa aku di hatimu. Aku sudah bosan hidup perkahwinan kami seperti ini. Setiap kali aku cuba menyayanginya, dia akan meninggalkan ku. Sekarang aku mahu dia rasa bertapa sakitnya diri ditinggalkan. Banyak kali aku cuba bertahan tapi dia yg buat aku tertunggu dan tertanya dan akhirnya aku telah pun buat keputusan utk mengikuti ayah. Sejak aku duduk dalam syarikat, aku lebih rapat dengan ayah. Aku telah banyak mempelajari organisasi ayah. Aku juga tahu pelbagai cara ayah buat utk mendapatkan duit termasuklah membunuh orang. Ketika ini jugalah aku cuba mendekati dan mengenali ahli kumpulan ayahku. Memang orang-orang ayah amat setia dan menyanjung ayah seperti ketua besar mereka. Oleh kerana aku anak ayah, aku juga turut di agungkan. Aku banyak berjumpa dan keluar bersama Rizal. Namun hatiku tetap pada Haziq dan akan pernah tidak berubah. Walau sebenci mana pun aku pada dia, aku tetap sayang dia. Semakin hari, semakin banyak aku pelajari dan mula menyukai hidup dari dunia gelap ini semakin hari juga lah Rizal mula menyukai diriku. Ayah juga turut mendesak aku utk menerima Rizal dalam hidupku dan melupakan Haziq. Namun bukan senang utk melupakan Haziq. Walaupun hanya beberapa minit sahaja dapat melihat dia, Aku tetap sayang padanya. Senang di ungkapkan tetapi susah utk melupakan. Setiap hari, Rizal akan datang ke pejabat utk mencariku dan meluahkan segala luahan perasaannya padaku. Pada mulanya diriku agak canggung, namun apabila setiap hari dan masa dia sentiasa mahu bersamaku, aku jadi bertambah rimas. Apabila dia cuba melamar aku, telah beberapa kali aku menolaknya atas alasan 'aku masih isteri orang.' Adakalanya aku menyuruh budak-budak aku menghalau dia supaya jangan mendekatiku. Dia memang tidak pernah berputus asa. Aku juga sudah suarakan pendapat ku pada ayah tapi ayah lebih memilih dia berbanding Haziq. Hampir gila aku memikirkan hal ini.
Satu petang seperti biasa, Rizal akan datang menjemput aku di rumah utk pergi terus ke warehouse ayahku. Ketika aku membuka pintu kereta dan melangkah masuk ke dalam kereta Rizal, Haziq merentap tangan aku dan menarik aku keluar semula dari keretanya. Perbuatan Haziq membuatkan Rizal terus keluar dari kereta dan mendekati aku. Lantas sebelah lagi tanganku di tarik oleh Rizal. Aku terkedu di tengah. Aku menoleh ke arah Haziq dan Rizal. Mereka berdua sepertinya tidak mahu mengalah. Aku memandang ke arah Haziq. Raut wajahnya mengambarkan kemarahan yg di pendam. Apabila aku melihat wajahnya, Aku terus merentap kedua belah tanganku minta di lepaskan.Haziq mengalihkan pandangannya ke arah ku. Tanpa berkata panjang, aku terus menuju masuk ke dalam kereta Rizal sebelum perkara lebih buruk akan berlaku di situ. Rizal juga turut masuk ke dalam kereta selepas melihat aku masuk ke dalam keretanya. Enjin kereta di hidupkan dan tanpa berfikir panjang lagi, kami terus meluncur keluar dari perkarangan rumah meninggalkan Haziq yg masih melihatku dari jauh. Apabila aku terimbas kembali wajah Haziq yg menahan marah, aku merasa sedikit kesian padanya. Tetapi dia yg buat aku sakit hati juga ketika dia bersama Lizzy dan dia langsung tidak menghiraukan aku. Aku rasa diriku bagaikan sampah. Bila perlu kau kutip bila tidak kau buang aku ketepi. Dan membiarkan perasaan aku hanyut di tenggelami tangisan. Lama aku mengelamun, Rizal telah menghentikan lamunan aku. Dengan secara tiba-tiba dia menarik tanganku dan menggenggam tanganku. Aku agak terkejut dengan tindak tanduknya dan aku cuba menarik semula tanganku tapi tanganku di tarik kembali. Tapi kali ini, aku tidak dapat melepaskan." apa ni, Rizal? Lepaskan tangan Liya.." aku berbicara lembut supaya dia akan melepaskan tapi hampa. Dia mengambil tanganku dan mula mencium-cium tanganku dan mengosok-gosok tanganku di pipinya. " Sayang, apa kata kita akan keluar daripada sini dan mulakan hidup baru. I akan jaga U Liya. I akan jaga U lebih daripada nyawa I sendiri." Aku cuba menolak tangannya dan akhirnya terlepas dari genggamannya. Aku memandang ke luar. "Rizal, U tahukan I ni isteri orang. Mana mungkin I kawin dengan U sedangkan I dah kawin. Lain la kalau Haziq ceraikan I. Jangan mengarutlah Rizal." aku menyilang tanganku supaya tidak di tarik kembali. Dia terdiam dan meneruskan perjalan kami. "Boleh kita singgah makan kejap? I lapar la." Rizal memecahkan suasana sunyi sebentar itu dan aku hanya mengangguk.
Selepas kejadian itu, aku mula elakkan diri dari jumpa Rizal. Setiap panggilan dan mesej yg dia bagi, aku akan abaikan. Kalau dia ada memesan sesuatu pada ayah. Aku akan buat-buat lupakan dan tukar topik. Ayah juga sudah beberapa kali menasihatkan aku agar terima Rizal dari teruskan hubungan aku dengan Haziq. Tapi aku mengelak dan akan meminta ayah melupakan hasrat dia utk bermenantukan Rizal. Sampai mati pun, Haziq tetap akan menjadi suamiku. Ayah harus terima hakikat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience