Result

Romance Completed 8270

Dah hampir 3 bulan, aku melangut dan menganggur di rumah. Pasal kejadian di Thailand tempoh hari memang tidak mengingatkan aku sama sekali. Bagiku perkara itu seperti tidak pernah terjadi. Macam orang belum kawin. Dia pun tidak mesej atau call aku langsung dan aku juga tidak pernah teringat pada dia samada mahu call atau mesej tidak sama sekali. Minggu depan keputusan SPM akan tiba. Saat yg nantikan. Aku ingin melihat keputusan barulah aku boleh fikirkan nak sambung ke mana selepas itu. Kalau ikutkan, aku memang minat dengan Grafik Design atau Interior Design. Aku perlu melihat keputusan terlebih dahulu sebelum membuat pilihan. Sehari sebelum pergi, aku telah pun mengajak dan berjanji bersama Fiffy utk ambil keputusan bersama-sama.
Awal pagi, aku telah pun menyuruh abang aku menghantar aku ke sekolah. Aku tidak sabar utk melihat keputusan aku. Aku juga mencari kelibat Fiffy merata-rata tapi bukan kata dia, batang hidung dia pun tak nampak pun. Mana la budak ni. Semalam janji nak datang awal. Ramai juga dah tiba di kawasan perkarangan sekolah utk mengambil keputusan. Ada yg gembira dan ada yg berduka. Mungkin terlalu seronok hingga menitiskan air mata. Mungkin. Aku belum tahu lagi macam mana. Tanpa menunggu Fiffy, aku terus mengambil slip keputusan SPM. Ramai yg ucap tahniah akan kejayaan aku. Aku mendapat hanya 5A manakala yg lain masih kredit. Oklah daripada tak dapat kredit. Sekurang-kurangnya aku dah usaha.
Jam sudah pun menunjukkan pukul 10 pagi. Bukan je Fiffy, malah abang aku pun tah ke mana. Dari tadi aku call dia, tak dapat-dapat. Dia pun bukannya nak return call aku balik. Banyak sangat ke hal hingga lupakan adik sendiri kat sini. Kakiku terus melangkah ke dalam kelas lama aku. Kelas itu kosong. Jadi aku mengambil keputusan utk lepak di dalam kelas itu sambil mengimbau kembali kenangan lalu.
Sepanjang aku berada di dalam kelas ini, kelas ini merupakan kelas yg paling sedikit dan kebanyakkannya adalah dari kalangan perempuan. Kelas tingkatan 5 terbahagi ke pada 3 kelas, Kelas Perdagangan, Kelas Perakaunan dan Kelas Pendidikan Islam. Aku antara pelajar kelas pendidikan islam itu. Pada mula aku memang kurang minat utk belajar di kelas itu, namum bila setelah lama belajar di situ, rasa macam kelas kami di sayangi oleh mana-mana juga guru-guru sekolah itu. Kata mereka kami bertuah. Tidak seorang pun yg suka atau minat memasuki kelas itu. Namun kelas itu subjek dia majoritinya subjek berkenaan dgn agama. Aku di kehendaki ambil subjek Bahasa Arab, Pendidikan Islam, Pendidikan Quran dan Sunnah, Pengajian islamiah dan Tassawuf. Lagipun murid kelas kami hanya ada dalam 20 orang lebih sahaja. Jadi apabila ada apa-apa program atau aktiviti, cikgu lagi senang mengajak kelas kami dari kelas lain. Dengan kuantiti yg sedikit tapi kami bersatu. Ramai dari kalangan kami adalah daripada budak-budak yg cerdik pandai. Seperti Fahmi- ketua pelajar sekolah, Sakinah- Penolong ketua pelajar, Zaharah- Pelajar berpidato terbaik sekolah dan daerah, Halim- Ketua pasukan bola sepak, Firdaus- Ketua Berkawad, Suzana- Raja pantun sekolah dan daerah dan beberapa orang pelajar terbaik datang dari kelas kami. Aku rasa bangga mempunyai rakan kelas yg baik dan bagus.
Sedang seronok mengelamun, tiba-tiba sejambak bunga Rose warna pink, muncul di hadapan muka aku. Aku terkejut dan terus memandang si pengirimnya. Abang Haziq! Aku terus berdiri dan memandang sekeliling. Risau kalau-kalau ada yg memandang. Baru aku perasan ada 2org lelaki menjaga kami di pintu supaya tiada siapa yg lalu di kawasan itu.

"Tahniah! Ni dari abang utk Liya." Dia masih menghulurkan jambangan bunga padaku. Agak lambat reaksi aku lalu aku mengambil juga. Supaya dia tidak kekok dan malu hadapan kawan-kawannya itu.

" Terima kasih abang." jawabku ringkas dan membalas senyuman sinis kepadanya.

" Kenapa Liya tak balik lagi? Dah lewat ni kan?" Dia memandang sekeliling. Melihat tiada orang lagi di kawasan sekolah.

" Tunggu abang Liya lah. Call tak jawab. Return call pun tak. Risau plak Liya. Kalau lambat sangat, Liya balik naik Grab je la kejap lagi." aku menjawab sambil memerhatikan jambangan bunga yg di berinya.

" Jom la abang hantar Liya balik. Tapi sebelum tu, jom pergi makan. Abang tahu Liya mesti lapar kan?" Soalnya. Tiba-tiba perutku berbunyi. Aku menahan malu. Abang Haziq mentertawakan gelagatku. Rupanya aku baru perasan dari pagi aku tidak menjamah makanan. Aku keluar rumah hanya minum air kopi yg di sediakan nenek sahaja.
Aku melangkah keluar dari kelasku menuju ke kereta mewahnya dan memakai tali pinggang keledar.

" Ni kereta siapa abang? Abang kerja apa sebenarnya?" Curious. Aku perlu tahu. Sambil memandu dengan cermin mata hitamnya, dia tersenyum padaku.

"Kenapa tanya macam tu? Tak percaya kat abang ke?"

" Takde la, just nak tahu. Jangan la fikr yg bukan-bukan. I need to know." panjang juga dia berdiam diri. Tidak lama lepas beberapa minit baru dia bercerita.

" Ini memang kereta milik keluarga abang. Abang sekarang kerja dengan Abang Hazim. Keluarga kami ada syarikat yg telah di turunkan pada abang Hazim. Harta kami kongsi sama rata. Abang Hazim dengan abang memang rapat."

" boleh tahu tak? Mak ayah abang meninggal sebab apa?" Dia memandang ke arahku. Tiada jawapan. Lama ku berdiam hingga kami berhenti makan di sebuah cafe dan memesan makanan. Selepas memesan dan sambil menunggu itulah, barulah dia mulakan kembali perbualan kami yg terhenti tadi.

" Sebenarnya mak ayah abang mati di bunuh. Sebab apa tu abang memang tak tahu. kejadian tu berlaku mase tu abang kecil lagi. Hanya tinggal kami berdua sahaja. abang Hazim amat sayangkan abang dan sebab itu jugalah abang Hazim amat jagakan keselamatan abang. Yg dua lelaki selalu ekori abang tu sebenarnya budak-budak abang Hazim juga. Dia juga sudah pun jadi pengikut abang sekarang. Abang rasa lebih baik abang terus terang dengan Liya je. Kerja abang Hazim ni sebenarnya tak berapa baik. Tapi oleh kerana tak ada cara lain, abang redha mengikut cakap abang Hazim." aku terkedu. Terdetik hatiku mula menyesal pula mengenali dan menyukai dia. Tapi dah jodoh, aku hanya terima dengan redha juga. Sekali lagi aku di kejutkan dengan satu sampul surat yg di letakkan atas meja dan di hulurkan kepadaku. Aku mengambilnya.

" Apa ni?" aku mengeluarkan isi kandungan dari sampul itu. Sejumlah wang yg agak besar berada di hujung tanganku. Bukannya aku tidak pernah memegang sejumlah wang yg besar itu. Tapi aku hairan ianya bukan dari nenek. Jadi aku meletak kembali duit itu di atas meja.

"utk apa ni?" aku agak takut menerimanya. Dan sekali lagi dia ketawa melihat gelagatku.

" Hari tu abang minta no akaun Liya, sampai hari ni Liya tak bagi pun. Ini duit Liya. Sepatutnya 3 bulan lepas abang dah bagi. Hari ni abang baru dapat bagi. Ni nafkah utk Liya. Ambil je la." dia bertegas. Mukaku bertambah malu dan mengambil sampul surat tu masuk ke dalam beg tangan. Dia sambung ketawa. Dia memandang ke arah satu lagi meja yg agak jauh sedikit, yg mana 2org kawannya itu duduk. Dia seolah-oleh memberi sesuatu arahan dan mereka hanya mengangguk. Melihat wajah mereka aku teringat pada peristiwa di Thailand.

" abang, boleh Liya tahu. Siapa yg ekori Liya mase kat Thailand tu? apa diorang nak dari Liya?" soalan ku membuatkan Haziq terkejut.

"takkan Liya tak tahu? Abang Zizul tak bagitahu ke?" Dia menyoal sambil memandang tepat ke arahku. Aku perlahan menggeleng kan kepala. Dia bertambah hairan dan terkejut.

" Kalau Liya nak tahu, Liya tanyalah bang Zizul. Abang just dengar arahan dari abang Zizul utk jage Liya, itu sahaja." jawapan dari Haziq buat aku betul-betul pelik dan ada juga sedikit kecewa. Namun aku akan tunggu jawapan dari abangku di rumah.
Sepanjang aku bersama dia. Dia tidak pernah abaikan aku. Setiap masa dia bertanya samada aku selesa atau tidak. Memang aku tidak pernah keluar dgn mana-mana lelaki, tapi aku sudah biasa keluar dengan abang aku. Dari sejak mak ayah kami tinggalkan kami pada nenek dan tiada dengar khabar berita, Abang aku yg banyak menjaga aku. Apa-apa masalah aku, dia lah penyelamat. Memang dia yg banyak berkorban utk aku dan nenek selepas dia mula berkerja. Aku juga tidak tahu dia kerja apa. Yg aku tahu dia sudah pun mempunyai buah hati, kak Melisa. Anak orang berada juga. Aku rasa kak Melisa tu anak Dato'. Cuma aku tidak kenal yg mana satu. Aku pernah melihat wajahnya di skirn hanfone abangku. Dia mengambil gambar bersama dan di letakkan pada home screen hanfone nya. Memang cantik tapi adakah secantik perangainya? Aku tidak tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience